PUBG Mobile
PEL: King kembali beraksi, Order catat 20 kills sehari

PASUKAN Nova Esports mara dengan mudah ke peringkat Weekly Final 3 bagi Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 apabila menamatkan pusingan di tangga pertama dengan mata bunuh tertinggi iaitu sebanyak 42 mata bunuh dan 78 mata kesuluruhan.
Lin Yien (King) kembali memperkuatkan pasukan Nova Esports setelah beraksi dengan cemerlang sepanjang tempoh pinjaman kepada pasukan Regans Gaming pada musim lalu.
Rakan sepasukannya yang juga bintang Nova Esports, Zeng Zehai (Order) berada di kelas tersendiri apabila memaparkan persembahan berkelas dunia dalam lima pusingan yang dimainkan sebentar tadi.
Order berjaya mengutip 20 mata bunuh dan 2901 mata kesan musnah dalam masa satu hari, selain berjaya membantu pasukannya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan pertama.
Order turut berjaya mencipta rekod peribadi baharu apabila muncul sebagai pemain kedua dalam sejarah yang berjaya melepasi angka bunuh ke-1100 sepanjang beraksi di Liga PEL.
Empat pasukan yang turut mara ke peringkat Weekly Final 3 adalah pasukan Tong Jia Bao Esports, ThunderTalk, TeamPai, dan Da Kun Gaming.
Sementara itu, juara Weekly Final 1 dan 2 yang lalu, iaitu pasukan Weibo Gaming gagal meneruskan momentum kemenangan apabila menamatkan pusingan di tangga ke-13.
Weibo Gaming hanya beraksi dengan baik pada pusingan pertama namun prestasi mereka makin merosot pada pusingan kedua sehingga pusingan terakhir.
Hanya pasukan Titan Esports Club dan pasukan Tianba yang mengutip mata lebih rendah daripada Weibo Gaming.
Titan Esports Club hanya mengutip 14 mata kesuluruhan manakala Tianba muncul pasukan tercorot dengan kutipan mata sebanyak 12 mata keseluruhan.
Berikut adalah keputusan WWCD bagi hari ini:
Map 1 – Nova Esports
Map 2 – ShowTime
Map 3 – Da Kun Gaming
Map 4 – Tong Jia Bao Esports
Map 5 – Six Two Eight
Liga PEL akan berlangsung selama lima minggu dan juara mingguan akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM651,000 (1 juta Yuan).
20 pasukan akan bertanding pada peringkat ini dan 15 pasukan yang berada di ranking teratas Weekly Final akan layak ke peringkat Grand Final yang akan dimainkan pada 25 hingga 28 November.
Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.