Connect with us

PUBG Mobile

PEL: Duo ‘ParaDer’ tunjuk taring, 4AM gagal lagi ke Weekly Final

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PASUKAN Titan Esports Club membuka tirai Elimination Day Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 dengan bergaya apabila berhasil mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD).

Pada pusingan kedua di peta Miramar, dua tonggak utama Nova Esports iaitu Zhu Bocheng (Paraboy) dan Zeng Zehai (Order) membuktikan yang mereka berada di kelas tersendiri apabila masing-masing mengutip enam dan tujuh mata bunuh.

Nova Esports menamatkan pusingan Elimination Day di tangga kedua dengan 28 mata bunuh dan 53 mata kesuluruhan sekaligus melayakkan diri ke peringkat Weekly Final 2.

Kali terakhir Nova Esports gagal bermain di peringkat Weekly Final adalah pada Weekly Final 1 PEL S1 yang berlangsung pada 13 Mac yang lepas.

Baki lagi tiga WWCD menyaksikan tiga pemenang yang berbeza iaitu JD Esports, Tianba, dan Royal Never Give Up.

Pasukan Tianba bermula dengan agak perlahan pada tiga pusingan pertama apabila hanya mampu mengutip tiga mata.

Namun Tianba berjaya mendapatkan WWCD pada pusingan keempat dan mengekalkan momentum pada pusingan kelima sekaligus menamatkan hari di tangga kesepuluh dengan 35 mata.

Tianba berkongsi mata bunuh dan mata kesuluruhan yang sama dengan pasukan All Gamers tetapi Tianba lebih layak ke peringkat Weekly Final 2 kerana dipisahkan dengan WWCD.

Sementara itu, pasukan 4 Angry Men sekali lagi gagal mara ke peringkat Weekly Final apabila menamatkan pusingan di tangga ke-12 dengan kutipan mata sebanyak 32 mata keseluruhan.

Ini merupakan minggu kedua berturut-turut 4 Angry Men tidak layak bermain di Weekly Final.

4 Angry Men kelihatan bergelut selepas kehilangan Feng Shujie (Suk) yang telah berpindah ke pasukan The Chosen.

Berikut adalah keputusan WWCD bagi Elimination Day Week 2:
Map 1 – Titan Esports Club
Map 2 – Nova Esports
Map 3 – JD Esports
Map 4 – Tianba
Map 5 – Royal Never Give Up

Liga PEL akan berlangsung selama lima minggu dan juara mingguan akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM651,000 (1 juta Yuan).

20 pasukan akan bertanding pada peringkat ini dan 15 pasukan yang berada di ranking teratas Weekly Final akan layak ke peringkat Grand Final yang akan dimainkan pada 25 hingga 28 November.

Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved