Connect with us

PUBG Mobile

PEL: TeamPai Garang, Nova Esports belum lepas ke Weekly Final 2

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PASUKAN TeamPai mempamerkan persembahan yang berkelas dunia pada hari pertama minggu kedua Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021 setelah mengutip 39 mata bunuh serta 77 mata kesuluruhan dalam lima pusingan yang dimainkan.

Tonggak utama TeamPai, Shijie Chen (Eagle) dipilih sebagai MVP pada pusingan pertama, kedua dan kelima setelah menunjukkan corak permainan berkualiti tinggi meskipun hanya berjaya mendapatkan satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) iaitu di pusingan ketiga.

Eagle mengutip 25 mata bunuh dan 4263 mata kesan musnah, iatu satu jumlah yang hampir dua kali ganda daripada pemain Nova Esports, Zhu Bocheng (Paraboy) yang berada di tangga kedua iaitu 2349 mata kesan musnah.

Pasukan The Chosen pula bermula dengan perlahan pada pusingan pertama namun mula bangkit pada pusingan kedua dan ketiga.

Sifat tidak mahu mengalah yang ditunjukkan oleh para pemain The Chosen membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan WWCD di pusingan yang terakhir.

Turut beraksi dengan konsisten adalah pasukan Six Two Eight. 62 mata kesuluruhan serta satu WWCD sudah cukup untuk Six Two Eight mara ke Weekly Final 2 untuk merebut wang kemenangan kira-kira RM650,000 (1 juta Yuan)

Sementara itu, terdapat tiga pasukan mengutip 50 mata iaitu Weibo Gaming, Regans Gaming, dan Nova Esports.

Namun ranking keseluruhan ketiga-tiga pasukan tersebut dipisahkan dengan mata bunuh dan pasukan Nova Esports terpaksa bermain pada Elimination Day setelah menamatkan pusingan di tangga keenam sekaligus gagal mara ke peringkat Weekly Final 2 secara automatik.

Kali terakhir Nova Esports gagal mara ke peringkat Weekly Final secara automatik adalah pada minggu pertama Liga PEL Musim Kedua yang berlangsung pada 30 April yang lalu.

Berikut adalah keputusan WWCD semalam:
Map 1 – JD Esports
Map 2 – Six Two Eight
Map 3 – TeamPai
Map 4 – Weibo Gaming
Map 5 – The Chosen

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved