Connect with us

PUBG Mobile

Nova Esports nak jumpa ‘abang besar’ di PMGC

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports

PASUKAN Nova Esports muncul sebagai juara Liga PUBG Mobile Pro League (PMPL) Amerika Utara (NA) Musim Kedua 2021.

Nova Esports yang mula bertapak di wilayah NA sejak 9 Julai 2020 membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM35,300 (AS$8,500)

Pasukan itu berjaya mengutip 474 mata kesuluruhan dalam tiga minggu Super Weekend yang dimainkan dan kini mengumpul 1038 mata kelayakan untuk ke peringkat Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021.

Sekiranya ingin mara ke peringkat PMGC, Nova Esports harus menjadi juara Grand Final PMPL North America serta perlu mengatasi kutipan mata pasukan Ghost Gaming yang sedang mendahului mata kutipan ke PMGC dengan 1170 mata.

Sebelum PMPL NA berlangsung, Nova Esports memperkuatkan pasukan dengan mendaftar masuk dua pemain muda Nova Esports yang pernah menjadi juara di Liga Peacekeeper Elite League (PEL) iaitu Liu Bo (Ydd) dan Wang Jinhui (Yi).

Kehadiran Ydd dan Yi memberikan impak maksima kepada Nova Esports setelah mengutip jumlah Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) terbanyak iaitu sebanyak 6 WWCD.

Sekiranya Nova Esports berjaya mengekalkan momentum kemenangan di Grand Final, peluang untuk mara ke peringkat PMGC dilihat cerah dan berkemungkinan akan bertembung dengan ‘abang besar’ yang kini sedang beraksi di PEL.

Pasukan dari Mexico, 19esports muncul sebagai naib juara setelah mengutip 448 mata kesuluruhan manakala pasukan gergasi dari Amerika Syarikat iaitu Ghost Gaming menamatkan pusingan di kedudukan ketiga dengan 444 mata kesuluruhan.

Tiga pemain berbeza telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik kesuluruhan (MVP) bagi Super Weekend.

Marco Ovalle (POLO) daripada pasukan XSET menjadi MVP pada Super Weekend 1 setelah mengutip 36 mata bunuh serta 6996 mata kesan musnah.

Pemain utama Nova Esports, King Liang Li (Rinnn) muncul sebagai MVP bagi Super Weekend 2 dengan jumlah mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 41 mata bunuh dan 7537 mata kesan musnah.

Manakala MVP bagi Super Weekend 3 dimenangi oleh Joshua Estrada (Koops) daripada pasukan Knights. Koops mengutip 39 mata bunuh dan 7943 mata kesan musnah dalam 15 pusingan Super Weekend 3 yang dimainkan.

Dua kisah yang berbeza dicatatkan oleh pasukan yang datang daripada peringkat PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2021 Fall North America iaitu pasukan Ogilvy dan pasukan Yo.

Tiga WWCD serta 382 mata kesuluruhan meletakkan Ogilvy di tangga ketujuh, mengatasi beberapa pasukan yang sudah berpengalaman bermain di peringkat PMPL North America pada musim pertama.

Ogilvy yang dianggotai oleh lima pemain daripada Vietnam dan seorang pemain daripada China menunjukkan potensi yang besar untuk mencabar kejuaraan.

Ogilvy merupakan pasukan kedua yang berasal dari Amerika Syarikat-Vietnam selepas pasukan The Unnamed.

Manakala pasukan Yo menamatkan pusingan di tangga terakhir setelah hanya bermain di peringkat Super Weekend 2 sahaja. 15 pusingan yang dimainkan tidak cukup untuk Yo mengutip mata sebanyak yang mungkin untuk mara ke peringkat Grand Final.

Peringkat Grand Final PMPL North America akan berlangsung pada 29 hingga 31 Oktober. Juara akan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM41,500 (AS$10,000).

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved