Connect with us

PUBG Mobile

PEL S4: Weibo Gaming bawa pulang RM650,000

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PASUKAN Weibo Gaming muncul sebagai pasukan pertama menjadi juara Weekly Final bagi Liga Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) 2021.

Weibo Gaming bermula dengan cemerlang pada hari pertama Weekly Final 1 setelah mengutip Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan kelima dan71 mata secara kesuluruhan.

Weibo Gaming kemudiannya menambah lagi satu WWCD pada hari kedua Weekly Final 1 sekaligus mengutip mata kesuluruhan tertinggi iaitu sebanyak 112 mata dan membawa pulang hadiah wang kemenangan kira-kira RM650,000 (1 juta Yuan).

Sementara itu, pasukan Six Two Eight terpaksa berputih mata apabila menamatkan pusingan di tangga kedua, hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan Weibo Gaming.

Six Two Eight yang turut mengutip dua WWCD dan 60 mata bunuh, iaitu jumlah yang paling tinggi bagi Weekly Final 1.

Six Two Eight gagal untuk mengambil kesempatan pada pusingan yang terakhir setelah Weibo Gaming pulang lobi pada awal permainan kerana gagal untuk bertahan dengan lama dalam permainan.

 

Foto: Weibo / PEL

Foto: Weibo / PEL

Dua lagi pasukan yang beraksi dengan konsisten dari pusingan pertama adalah pasukan Titan Esports Club dan pasukan Nova Esports.

Kedua-dua pasukan tersebut kekal di tangga ketiga dan keempat sejak hari semalam dengan Titan Esports Club mengutip 97 mata manakala Nova Esports mengutip 94 mata.

Nova Esports menjadi satu-satunya pasukan tanpa sebarang WWCD yang berada di tangga empat teratas ranking keseluruhan Weekly Final 1.

Anugerah pemain terbaik kesuluruhan diberikan kepada in-game-leader pasukan Six Two Eight, Lin Zhichao (ShanZhi) setelah mengutip mata bunuh serta mata kesan musnah terbanyak iaitu sebanyak 24 mata bunuh dan 4632 mata kesan musnah.

Foto: Weibo / PEL

ShanZhi turut berjaya mengatasi angka bunuh ke-800 sekaligus menjadikan beliau pemain keenam dengan mata bunuh terbanyak dalam sejarah kejohanan Liga PEL yang bermula sejak tahun 2019.

Keputusan WWCD Weekly Final 1:
Map 1 – Six Two Eight
Map 2 – Regans Gaming
Map 3 – The Chosen
Map 4 – Tong Jia Bao Esports
Map 5 – Weibo Gaming
Map 6 – Regans Gaming
Map 7 – Six Two Eight
Map 8 – Weibo Gaming
Map 9 – Titan Esports Club
Map 10 – TeamPai

Weibo Gaming kini mendahului ranking keseluruhan Weekly Final dengan 25 mata diikuti Six Two Eight dengan 20 mata dan Titan Esports Club dengan 16 mata.

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved