PUBG Mobile
PEL: 4AM gagal ke Weekly Final

GERGASI Game for Peace, 4 Angry Men (4AM) tidak berjaya untuk meloloskan diri ke peringkat Weekly Final 1 Peacekeeper Elite League Musim Keempat (PEL S4) setelah menamatkan pusingan peringkat penyingkiran di tangga ke-12.
4AM hanya mengutip 5 mata secara purata di lima pusingan yang dimainkan, dan dilihat sebagai satu persembahan yang sangat teruk berbanding hari pertama.
Sementara itu, pasukan ThunderTalk Gaming yang sebelum ini dikenali sebagai Team Game mempamerkan persembahan yang konsisten di kesemua pusingan.
Tonggak utama ThunderTalk Gaming, Cao Wenjie (Ajie) berhasil mengutip mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 16 mata bunuh serta 3073 mata kesan musnah, kedua terbanyak keseluruhan.
Turut beraksi dengan konsisten adalah pasukan Weibo Gaming dan pasukan Qing Jiu Club.
Weibo Gaming mengutip 67 mata kesuluruhan manakala Qing Jiu Club mengutip 57 mata kesuluruhan.
Weibo Gaming menamatkan pusingan di tangga kedua dibelakang ThunderTalk Gaming meskipun tanpa WWCD.
Satu lagi pasukan, iaitu LGD Gaming berjaya mencuri WWCD terkakhir dengan penuh bergaya apabila mengutip 16 mata bunuh.
LGD Gaming dilihat bergelut pada empat pusingan pertama namun berjaya mendapatkan rentak pada map yang terakhir sekaligus mara ke peringkat Weekly Final 1.
In-game-leader LGD Gaming, Wan Quanjun (SuKi) kini kembali beraksi setelah tidak dibenarkan bermain sejak minggu ketiga Liga PEL musim yang lepas kerana ketika itu SuKi masih berumur bawah 18 tahun.
Kehadiran SuKi dilihat sebagai satu suntikan semangat kepada pasukan LGD Gaming untuk bersaing dan merebut kejuaraan di Liga PEL Musim Keempat.
Berikut adalah keputusan WWCD pada semalam:
Map 1 – ThunderTalk Gaming
Map 2 – Qing Jiu Club
Map 3 – Six Two Eight
Map 4 – Still Moving Under Gunfire
Map 5 – LGD Gaming
Foto/Video: Weibo, 4AM PEL
Kejohanan PEL boleh ditonton di laman rasmi Huya TV, iaitu huya.com/660006.