Connect with us

PUBG Mobile

Pemain PEL China, Only S, bersara kerana sakit radang sendi

Published

on

BINTANG Tong Jia Bao Esports, Liu Yang (OnlyS) sah bersara daripada menjadi pemain profesional e-sukan kerana menghidap sakit radang sendi.

Perkara itu dikongsikan Tong Jia Bao Esports di Weibo pada semalam.  Keputusan tersebut dilihat sukar bagi kedua-dua pihak namun menurut pihak organisasi e-sukan, kesihatan OnlyS perlu diutamakan.

Tong Jia Bao Esports turut mengalu-alukan kepulangan OnlyS sekiranya dia ingin kembali ke arena kompetitif.

Dalam lima pusingan yang dimainkan pada hari pertama Liga Peacekeeper Elite Musim Keempat (PEL S4) 2021 , Tong Jia Bao Esports tidak menunjukkan sebarang kelemahan meskipun bermain tanpa OnlyS.

Tong Jia Bao Esports menamatkan di tangga kedua dengan kutipan mata sebanyak 54 mata kesuluruhan.

Sementara itu, pasukan Regans Gaming bermula dengan cemerlang pada hari pertama kejohanan apabila menamatkan pusingan di tangga pertama keseluruhan dengan kutipan mata sebanyak 63 mata.

Regans Gaming kini bukan lagi pasukan belasahan tetapi bakal menjadi pencabar utama untuk merebut kejuaraan PEL Musim Keempat.

Naib juara PEL Musim Ketiga, pasukan The Chosen muncul sebagai tempat ketiga dengan satu Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) pada pusingan pertama.

Tonggak utama The Chosen, Chen Qi (Wyy) mengutip mata bunuh terbanyak iaitu sebanyak 13 mata bunuh.

Wyy berada di kelas tersendiri apabila hampir meratakan keempat-empat pemain TeamPai di peta Sanhok.

Pasukan Nova Esports menepati ramalan peminat apabila berjaya menamatkan hari dalam kelompok lima teratas.

Meskipun gagal untuk mengutip sebarang WWCD, kutipan mata kesuluruhan yang dikutip Nova Esports sudah cukup untuk mereka mara ke peringkat Weekly Final 1 secara automatik.

Manakala pasukan Titan Esports Club muncul sebagai pasukan terakhir yang layak ke Weekly Final 1.

Titan Esports Club berjaya mengutip WWCD terbanyak pada hari pertama dengan dua WWCD serta 44 mata kesuluruhan.

Berikut adalah keputusan WWCD semalam:
Map 1 – The Chosen
Map 2 – Titan Esports Club
Map 3 – Royal Never Give Up
Map 4 – Tong Jia Bao Esports
Map 5 – Titan Esports Club

Lima pusingan turut akan dimainkan pada hari penyingkiran yang akan berlangsung pada hari ini.

Sepuluh pasukan teratas akan mengiringi lima pasukan yang telah layak ke Weekly Final 1 dan akan merebut wang kemenangan kira-kira RM651,000 (1 juta Yuan).

Single, kacak, funny dan mengamalkan dasar pandang ke timur. Literally, saya tengok PEL (Peacekeeper Elite League, China) dan kejohanan berkaitan Game for Peace. Instagram: @amirsya_

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved