Connect with us

Mobile Legends

Red Frost, Homebois ke MPL S7

Published

on

SELEPAS 1706 pasukan yang mendaftar untuk menyertai kelayakan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPLMY) Musim Ketujuh, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya meloloskan diri ke peringkat seterusnya iaitu Red Frost dan Homebois.

Menerusi kemenangan itu, Red Frost dan Homebois bakal menjadi pencabar baru kepada pasukan-pasukan terbaik tempatan dalam MPL MY Musim Ketujuh nanti.

Kedua-dua pasukan itu mengunci slot ke MPL selepas menewaskan pesaing masing-masing pada peringkat final kelayakan liga yang berlangsung pada petang tadi.

Dalam siri tiga terbaik perlawanan, Red Frost mengalahkan Purge Pika 2-0 manakala Homebois menewaskan Geek Academy 2-1

Red Frost yang mempunyai tiga pemain profesional menamatkan perlawanan dengan singkat terutama pada pusingan kedua dengan hanya 10 minit 33 saat.

Red Frost mempertaruhkan Mal, Ash, Heri, Haru, dan Eren sebagai barisan utama pemain dalam pusingan kelayakan tadi.

Sementara itu, Homebois yang sering menjadi sebutan dalam komuniti Mobile Legends ketika ini juga menepati ramalan untuk ke MPL.

Penggunaan hero Harith daripada Anipp pada pusingan ketiga juga wajar diberi pujian apabila skilnya dilihat memberi tekanan kepada musuh. Anipp juga diberi sebagai MVP pada pusingan itu.

Selain Anip, Homebois juga disertai Ijat, Chibiii, Sepat dan Inferni.

Red Frost dan Homebois akan berada sebaris dengan pasukan-pasukan profesional Mobile Legends Malaysia yang akan menyertai MPL MY Musim Ketujuh nanti iaitu:

  • Todak
  • Suhaz EVOS
  • Orange Lourve
  • Geek Fam
  • Team SMG
  • Team Bosskurr
  • RSG MY
  • Reborn Esports

MPL MY Musim Ketujuh menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM400,000 (AS$100,000).

Peringkat musim liga dijangka akan bermula pada Mac nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved