Connect with us

Mobile Legends

EVOS jalin kerjasama dengan SUHAZ, tubuh skuad MLBB MY

Published

on

ORGANISASI e-sukan ASIA Tenggara EVOS Esports, telah menjalinkan kerjasama dengan pasukan e-sukan tempatan Team Suhaz pada hari ini untuk mewujudkan skuad Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) di Malaysia yang dikenali sebagai Suhaz EVOS.

Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo berkata kerjasama itu adalah sebahagian dari rancangan strategik EVOS Esports dalam meluaskan cawangannya di rantau ini.

“Kami sangat teruja untuk memasuki arena kompetitif Mobile Legends Malaysia yang sebelum ini menjadi permintaan dalam kalangan peminat kami.

“Kami percaya, kerjasama Suhaz EVOS ini akan menjadi satu perkara yang menarik untuk peminat Mobile Legends di Malaysia nanti.

“Kami tidak sabar untuk Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim Ketujuh nanti,” kata Ivan dalam satu kenyataan media hari ini.

Team Suhaz baru-baru ini memenangi Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) 2020/2021.

Sebelum dijenamakan sebagai Team Suhaz, pasukan itu dikenali sebagai Ezzy Esports.

Ia terdiri daripada beberapa pemain Mobile Legends yang berpengalaman di Malaysia iaitu:

Muhammad Redzuwan Rosli (Hyhy)
Muhammad Hazim Bin Zulkifli (D Ace)
Muhammad Azri Bin Jamaludin (Aj)
Hadiazwan Bin Rosli (Box)
Danial Arif Bin Mohd Judin (Eavy)
Muhamad Fadhil Bin Hishamuddin (Padel)

Difahamkan Padel juga bertindak sebagai pengurus pasukan itu sebelum ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini, EVOS Esports bagaimanapun tidak mendedahkan lagi barisan pemain Suhaz EVOS yang muktamad untuk MPL Musim Ketujuh nanti.

EVOS Esports adalah peneraju organisasi e-sukan Asia Tenggara dengan memiliki beberapa gelaran juara dunia seperti M1 (Mobile Legends) 2019 dan Piala Dunia Free Fire 2019.

Organisasi itu telah meraih RM66.2 juta (AS$16.4 juta) suntikan dana pelaburan bagi Siri A dan B dari Insignia Ventures Partners, Korea Investment Partners, Mirae Asset Ventures, Woowa Brothers, Indogen Capital, beberapa syarikat Asia Tenggara dan Jepun, syarikat konglomerat Indonesia dan pengurusan tertinggi e-dagang di China.leading eCommerce player in China.

Ia ditubuhkan pada 2017 dan beroperasi di lima buah negara dengan 15 pasukan serta lebih 60 pemain berada di bawah naungannya.

EVOS Esports juga telah menjalinkan kerjasama dengan 40 jenama di seluruh dunia termasuk Visa, Axe, Lazada, Axis (telekomunikasi), Pop Mie, Sukro, Top Coffee dan J&T Express.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved