Connect with us

Mobile Legends

MLBB: Adakah M3 akan diadakan di Malaysia?

Published

on

KUALA LUMPUR – Pengajuran kejuaraan dunia Mobile Legends menjadi tanda tanya selepas syarikat telekomunikasi Malaysia, Yoodo bakal mengadakan beberapa kerjasama dengan penerbit e-sukan Mobile Legends, Moonton pada tahun ini.

Kerjasama tersebut adalah termasuk, menjadi rakan digital telko rasmi untuk Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim Ketujuh dan Musim Kelapan, Kejohanan Mobile Legends Invitational (MLI), Piala Asia Asia Tenggara dan Kejuaraan Dunia (M3),

Mengulas mengenai penganjuran kejohanan dunia Mobile Legends di negara ini, Pengurus Pemasaran E-sukan Mobile Legends, Michael Lin, berkata pihaknya gembira dengan penganjuran M1 di Malaysia pada 2019 yang lalu.

“Kami suka M1 di Malaysia dengan respon yang baik dari penonton.

“Selepas berlangsungnya M2, kami menilai semula mengenai populariti e-sukan itu di Malaysia dan juga mengenai keselamatan.”

Dia berkata demikian dalam satu sesi Yoodo Powers Up 2021 With Esport menerusi atas talian hari ini.

Berita lanjut menyusul./

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved