Connect with us

Mobile Legends

Konflik Red-Reborn: Apa maksud ‘Borang Pengisytiharaan’?

Published

on

PADA malam tadi, pasukan Reborn telah memuatnaik satu gambar ‘Declaration Form‘ (‘Borang Pengisytiharaan’) yang tidak bertarikh di Facebook Reborn Esports.⁣⁣
⁣⁣
‘Borang’ tersebut menyatakan Red Esports sebagai organisasi yang mempunyai enam pemain dan bersetuju untuk memberi slot jemputan MPL MY/SG S7 akan datang kepada Reborn atau Reborn Ventures.⁣⁣
⁣⁣
Bagaimanapun, ‘borang’ tersebut dilihat hanya ditandatangani seorang pemain, iaitu Akmal Afi Uzair Daud (Silo) dan pihak Red Esports Resources, Tengku Nur Raihan Tengku Ngah. ⁣⁣
⁣⁣
Dalam kapsyen gambar yang dimuatnaik itu, Reborn juga berkata pihaknya mempunyai ‘bukti kukuh’ bahawa slot itu adalah miliknya seperti yang dinyatakan dalam ‘Borang Pengisytiharaan’ itu.⁣⁣

https://www.facebook.com/rebornizer/posts/872809236615482


⁣Sementara itu, WTM Today juga telah mendapatkan reaksi daripada Moonton mengenai penjelasan sama ada pihaknya telah menerima ‘borang’ tersebut dan menghuraikan keperluan ‘borang’ tersebut.⁣⁣

Moonton berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara tersebut setakat ini.

Pada semalam, Moonton yang merupakan penganjur Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY), berkata kepada WTM Today, bahawa pihaknya akan menyiasat kes berkaitan konflik antara organisasi e-sukan Red Esports dan pasukan Reborn.

Moonton juga berkata pengumuman rasmi mengenai pasukan yang akan mendapat jemputan khas akan diumumkan minggu depan.

Pada Khamis lalu juga, Red Esports telah menggantungkan pemain utamanya, Silo dari segala aktiviti Kejohanan Mobile Legends.

Red Esports berkata, keputusan itu disebabkan masalah sikap dan tindakan tidak profesional dari Silo.

Pada MPL Musim Keenam yang lalu, Red Reborn meraih kedudukan enam terbaik di pusingan playoff.

Reborn sertai RED Esports pada Mei 2020, selepas tidak lagi bersama Orange Esports.

Sebelum ini, Reborn dan Orange Esports berdepan dengan konflik apabila pasukan itu tidak mendapat slot jemputan terus meski meraih tempat ketiga pada MPL MY/SG Musim Kelima.

Menurut Reborn dalam satu kenyataan pada 18 Julai 2020, Moonton telah menambah peraturan baharu pada musim kali ini mengenai kelayakan untuk mendapatkan slot jemputan.

Jelasnya jemputan akan diberikan melalui organisasi dan tidak lagi diberikan kepada pasukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved