Connect with us

Mobile Legends

MPL:Moonton siasat kes Red, Reborn

Published

on

Foto: RED Esports

KUALA LUMPUR – Pihak penganjur Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY), Moonton akan menyiasat kes berkaitan konflik antara organisasi e-sukan Red Esports dan pasukan Reborn.

Moonton berkata, pihaknya telah berhubung dengan RED dan Reborn.

“Kami telah berhubung dengan kedua-dua pihak RED dan Reborn dan kami masih lagi melakukan siasatan.

“Pengumuman rasmi mengenai pasukan yang akan mendapat jemputan khas (Musim 7) akan diumumkan minggu depan,” kata Moonton ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

Sebelum ini, Red Esports mendakwa pihaknya tidak menerima slot jemputan terus ke MPL MY Musim Ketujuh dari Moonton.

Red Esports mendakwa, slot tersebut diberikan kepada satu ‘syarikat dummmy’.

“Dari minggu lepas kami berusaha keras dan memohon sokongan daripada pihak Moonton untuk mendapatkan hak sebagai organisasi yang menyediakan semua keperluan kepada player di bawah kontrak yang sah.

“Namun, apakan daya, slot tersebut diserahkan kepada ‘company dummy‘ yang didaftarkan hanya untuk mendapatkan slot daripada Moonton,” kata Red Esports dalam satu kenyataan pada malam semalam.

https://www.facebook.com/redesportmy/posts/938688163202867

Pada Khamis lalu juga, Red Esports telah menggantungkan pemain utamanya, Akmal Afi Uzair (Silo) dari segala aktiviti Kejohanan Mobile Legends.

Red Esports berkata, keputusan itu disebabkan masalah sikap dan tindakan tidak profesional dari Silo.

“Silo digantung dari segala aktiviti dan kejohanan berkaitan Mobile Legends serta organisasi lain mulai 28 Jan sehingga 16 Mei 2021.

“Berikutan masalah sikap dan tindakan tidak profesional Silo kepada organisasi, ia telah menyebabkan kerugian terhadap syarikat organisasi e-sukan,” kata Red Esports.

https://www.facebook.com/redesportmy/posts/937927986612218?cft[0]=AZUQrUDn4188bFc8vQMuNj8K0StX2J-y3cKgQhp7po1gl4Q2O4s1uxx3oF0ZcrHcaUoJ0j_yPbeqo2qzjvLFK19Gl9S12rV0VK0KBPhcm2eZkiLi1y_uQ36nGJ2S8c7r7Hm59Jvfdr8TCpzLoX-QZ_0_&tn=%2CO%2CP-R

Pada MPL Musim Keenam yang lalu, Red Reborn meraih kedudukan enam terbaik di pusingan playoff.

Reborn sertai RED Esports pada Mei 2020, selepas tidak lagi bersama Orange Esports.

Sebelum ini, Reborn dan Orange Esports berdepan dengan konflik apabila pasukan itu tidak mendapat slot jemputan terus meski meraih tempat ketiga pada MPL MY/SG Musim Kelima.

Menurut Reborn dalam satu kenyataan pada 18 Julai 2020, Moonton telah menambah peraturan baharu pada musim kali ini mengenai kelayakan untuk mendapatkan slot jemputan.

Jelasnya jemputan akan diberikan melalui organisasi dan tidak lagi diberikan kepada pasukan.

Reborn juga berkata organisasi juga boleh menghantar dan menukar semua pemain.

BACA: Selepas ‘hilang slot’ jemputan terus, Red Reborn berjaya mara ke liga, cabar Orange Esports siapa lagi layak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved