Connect with us

PUBG Mobile

RECAP: Arov, Secret MY, NED pamerkan aksi cemerlang sepanjang Pro Scrim Hotlink

Published

on

Foto fail

KUALA LUMPUR – Pasukan-pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia, AROV Esports, Team Secret Malaysia dan NED Esports mempamerkan aksi cemerlang sepanjang Perlawanan Persahabatan (Scrim) PUBG Mobile Pro Team Secret yang diadakan pada 24-25 Jun dan 1-2 Julai yang lalu.

Sepanjang empat hari scrim berlangsung, pasukan-pasukan Malaysia membuktikan bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan antarabangsa lain.

Pasukan AROV berjaya membuktikan bahawa barisan pemain-pemain baru sememangnya mampu menandingi pasukan-pasukan liga dunia apabila menduduki tempat ketiga secara kesuruhan sepanjang 16 pusingan.

BACA: AROV tukar lineup, Zully jadi IGL

AROV berjaya mendapatkan 169 mata secara keseluruhan dengan 76 mata bunuh.

Pasukan Team Secret Malaysia yang bakal mewakili Malaysia di Liga Dunia Timur 10 Julai nanti, menduduki tempat keempat secara keseluruhan dengan 141 mata dan 58 mata bunuh.

BACA: Kami bersedia untuk Liga Dunia- BiuBiu

Pasukan Nocturnal Esports Dawn (N.E.D) pula, berjaya menempatkan diri di tempat keenam daripada 21 pasukan yang menyertai scrim itu.

NED, yang berkongsi tempat dengan pasukan MORPH memperoleh 135 mata keseluruhan dengan 37 mata bunuh.

Sesi Scrim PUBG Mobile Pro Team Secret yang diadakan pada 24-25 Jun dan 1-2 Julai itu dibawakan oleh Hotlink.

Scrim itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM12,840 (AS $3,000).

Pasukan-pasukan PUBG Mobile yang menyertai scrim tersebut sepanjang 4 hari adalah:

  • Team Secret MY ????????
  • AROV ????????
  • EVOS VIP ????????
  • NED ????????
  • KOG ????????
  • Team Secret TH????????
  • Valdus ????????
  • BTR RA ????????
  • Morph ????????
  • Aura ????????
  • Aerowolf ????????
  • Celtz ????????
  • Nova GodLike ????????
  • Team IND ????????
  • ULU ????????
  • Box Gaming ????????
  • No Chance ????????
  • RCS ????????
  • FreeStyle ????????
  • Nova GL ????????
  • Xenon????????

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved