Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Kenapa Team Bosskurr dapat direct invite, ini penjelasan Mozart

Published

on

KEPUTUSAN penganjur untuk memberi jemputan terus kepada pasukan Team Bosskurr bagi menyertai Final Zon Sanhok Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) yang akan diadakan pada hari ini menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet.

PEMAIN kompetitif PUBG Mobile Amir Hamzah Nawali (Mozart) berkata jemputan terus itu diberikan berikutan pencapaian Team Bosskurr pada Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang lalu.

“Kepada yang bertanya kenapa Team Bosskurr mendapat jemputan terus dalam Kelayakan Final Zon Sanhok PMNC, ia adalah kerana pasukan kami mendapat kedudukan ke-17 dalam PMPL MY/SG.

“Bagi mereka yang tidak ketahui, Team Bosskurr sudah menutup dan membubarkan skuad naungannya sebelum ini iaitu BOSS WEH dan BOSS REVENGE.

“Setelah melakukan perbincangan, kedua-dua skuad itu bergabung dan membawa nama Team Bosskurr dalam PMNC. Saya berharap (kenyataan ini) dapat membantu (menjawab) persoalan anda,” kata Mozart semalam di Facebook.

  • Mozart
  • Zee
  • Ngah
  • Azfar
  • Sam

BACA: PMNC tawar peluang beraksi di PMPL dengan hadiah wang terkumpul RM100,000

Foto: Facebook/ PUBG Mobile

Barisan Team Bosskurr kali ini terdiri daripada pemain-pemain yang berpengalaman di kejohanan antarabangsa seperti Ngah dan Azfar yang pernah mewakili negara di PMCO Musim Luruh pada September tahun lalu.

Peringkat Akhir PMNC akan diadakan pada 17 Julai hingga 19 Julai dan bakal menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak RM100, 000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved