Connect with us

PUBG Mobile

Bukan lagi rahsia, REX pemain baharu Team Secret Malaysia

Published

on

Foto: Team Secret / Facebook

KUALA LUMPUR– Pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia, Team Secret mengumumkan kemasukan pemain baharu dalam skuad itu, Asyam Allam (Rex) pada hari ini.

Rex sebelum ini, difahamkan menggunakan nama samaran TS MX Lower.

Rex merupakan bekas pemain Rejimen Malaya Clan (RMC Esport) dan sering mempamerkan corak permainan agresif dalam perlawanan-perlawanan persahabatan (scrim).

Foto: Facebook / Team Secret

Rex juga sering dilihat menggunakan gabungan senapang M416 dan Micro-UZI ketika dalam perlawanan.

Susulan pengumuman itu, Rex dalam satu kenyataan berkata dia menghargai peluang yang diberikan untuk beraksi bersama Team Secret.

“Saya akan memastikan supaya tumpuan diberikan sepenuhnya untuk berlatih menjadi lebih baik dan memberikan mutu persembahan yang cemerlang setiap masa untuk pasukan ini.

“Saya tahu saya mungkin tidak mempunyai ramai penyokong tapi saya bersyukur saya mempunyai rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada saya. Saya sangat menghargainya.

“Saya berasa bangga dan agak berdebar pada masa yang sama untuk mewakili Malaysia bersama Team Secret Malaysia untuk kejohanan dunia yang diadakan tidak lama lagi,” kata Rex.

Selain Rex, Team Secret Malaysia terdiri daripada Raymond Tan (iShotz), Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Aekachai Areesanan (Madtoi), dan Dhiya Ulhaq (uHigh).

Pasukan Secret pada petang semalam tutut mengumumkan kemasukan jurulatih terbaharu Farhan Abdul Gafar (JangS).

Team Secret dalam pengumuman yang sama turut memperkenalkan pemain Team Secret Thailand baharu, Cosmos.

BACA: Team Secret MY perkenal jurulatih baharu, JangS

Rex dan Team Secret Malaysia akan mewakili Malaysia di Liga Dunia Timur PUBG Mobile (PMWL) pada 10 Julai nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved