Connect with us

PUBG Mobile

Recap Analisis: Penukaran strategi kunci “Mini-Comeback” Team Secret

Published

on

Foto fail : PUBG Mobile

PASUKAN profesional PUBG Mobile Negara Team Secret MY dilihat semakin mendapat momentum selepas mampu memperbaiki kedudukan dalam ranking Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Pada peringkat Super Weekend hari ketiga, Team Secret MY menaiki dua anak tangga dari ranking ke-15, dengan mengumpul 41 mata.

Mata yang diperoleh pasukan Team Secret MY pada hari ketiga peringkat Super Weekend itu merupakan mata tertinggi dikumpul pasukan tersebut sejak hari pertama Super Weekend.

Hari Pertama Super Weekend35
Hari Kedua Super Weekend21
Hari Ketiga Super Weekend41
Jumlah mata Super Weekend97
Jumlah mata pasukan Team Secret pada peringkat Super Weekend

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, prestasi cemerlang Team Secret MY pada hari ketiga Super Weekend adalah disebabkan penukarkan strategi untuk memasuki zon selamat melalui bahagian tepi bulatan.

Secret MY-Sanhok
Foto: Youtube / PUBG Mobile Esports
Secret MY-Vikendi
Foto: Youtube / PUBG Mobile Esports
Secret MY- Erangel
Foto: Youtube / PUBG Mobile Esports
Secret MY-Miramar
Foto: Youtube / PUBG Mobile Esports

Kini, Team Secret MY berjaya mengadaptasi corak perlawanan mereka untuk membuat penukaran posisi (rotation) ke bahagian tepi bulatan untuk mengoptimumkan mata kedudukan setiap pusingan di samping mengelakkan pertembungan awal yang tidak diingini.

Meta (strategi) pasukan-pasukan PMWL lain yang dilihat mementingkan penukaran posisi (rotasi) ke arah tengah zon selamat telah mengakibatkan kawasan itu menjadi semakin padat.

Kepadatan pasukan di bahagian tengah zon selamat

Strategi baharu pasukan Team Secret seakan-akan menyerupai corak permainan Yoodo Gank yang berjaya menghadiahkan mereka tiga Chicken Dinner pada Hari Pertama peringkat Super Weekend.

BACA: PMWL: Yoodo Gank kutip 3 Chicken Dinner berturut-turut dalam Super Weekend 1

Team Secret MY kini berada di tempat ke-13 dengan kutipan 97 mata secara keseluruhan.

Satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank berada di tempat keempat dengan 168 mata secara keseluruhan.

Saksikan perjuangan Team Secret dan Yoodo Gank 8 malam nanti dalam misi kelayakan ke peringkat Super Weekend di laman Yotube dan Facebook.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved