Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Imbas kembali rahsia di sebalik 2× Chicken Dinner BTR RA di kepulauan Sosnovka (League Weekend 1)

Published

on

Foto fail: WTM Today / MARIAH AHMD

PADA peringkat minggu pertama League Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur yang lalu, pasukan profesional PUBG Mobile Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) dilihat sering mendapat Chicken Dinner di zon Kepulauan Pangkalan Ketenteraan Sosnovka (Sosnovka Military Base), Erangel.

Rekod itu dicatatkan pada pusingan ketiga dan pusingan ketujuh minggu pertama League Weeekend.

Pasukan Bigetron RA yang turun di kawasan Farm dilihat akan membuat penukaran posisi (rotation) pada peringkat awal melalui jambatan Novorepnoye sebelum mana-mana pasukan lain memasuki kepulauan Sosnovka.

Selain pasukan Bigetron RA, pasukan Box Gaming, GXR Celtz dan Nova Godlike juga turut dilihat membuat penukaran posisi di peringkat awal untuk memasuki ke kepulauan pangkalan ketenteraan Sosnovka dengan selamat.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, penukaran posisi pasukan Bigetron RA itu adalah untuk melakukan sekatan jalan di Jambatan Novorepnoye bagi mengelakkan pasukan-pasukan lain daripada menyelinap masuk kepulauan Sosnovka.

Sekatatan di kawasan itu juga dilihat sebagai lokasi lubuk untuk mengumpul mata bunuh.

Bigetron RA pernah melakukan sekatan yang sama pada peringkat Opening Weekend. Pada peringkat itu, pasukan India, TSM Entity menjadi mangsa strategi Bigetron RA.

Menerusi sekatan itu, Bigetron RA berjaya meratakan pasukan tersebut dan mendapatkan empat mata bunuh hasil kemenangan pertembungan itu.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Percaturan bijak Bigetron RA seterusnya mengurangkan jumlah pasukan yang mahu mencuba meloloskan diri melalui jambatan Novorepnoye.

Berikut merupakan pasukan-pasukan yang melalui Jambatan Ferry Pier (Jambatan Kiri) dan Jambatan Novorepnoye (Jambatan Kanan).

Kiri: NoChance????????, NovaGodlike????????, Orange Rock????????, Team Secret????????, Box Gaming????????

Kanan: Yoodo Gank????????, T1???????? , GXR Celtz????????, TSM Entity????????, Bigetron RA????????, FreeStyle????????

Ramalan penggunaan jambatan sekiranya zon Kepulauan Sosnovka berlaku

Sementara itu, berikut adalah pasukan-pasukan yang menggunakan bot untuk merentasi laut ke kepulauan Pangkalan Ketenteraan Sosnovka.

  • Bot Ferry Pier- Reject Scarlet (RCS)
  • Bot Mylta- King of Gamers Club (KOG)
  • Bot Mylta Power- Morph Team/ uLevelup
  • Bot Lipovka- (SynerGE)
Ramalan penggunaan bot/ bot laju untuk merentasi laut ke Kepulauan Pangkalan Ketenteraan Sosnovka

Keadaaan itu turut memudahkan penukaran posisi pasukan itu di sebelah timur Erangel untuk memasuki zon-zon terakhir.

Bigetron RA juga bijak menggunakan kenderaan-kenderaan sebagai benteng pertahanan untuk memberikan kelebihan kepada mereka dalam pertarungan pada zon-zon akhir.

Video: Youtube/ PUBG Mobile Esports

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved