Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: Perjuangan dari kosong, Asta bawa squad LX Esports ke PMPL cabar pasukan gergasi Malaysia

Published

on

Foto: PUBG Mobile Esports

MUNGKIN tiada siapa yang mengingati Ahmad Aidi Ahmad Albar (Asta) yang pernah menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) pada musim pertama.

Ketika itu dia bersama Traitor Esports.

Meski pasukan Traitor Esports mendapat jemputan terus ke liga PUBG Mobile paling berprestij di negara ini, ada satu kenyataan pahit yang perlu ditelan.

Traitor Esports tidak menunjukkan mutu persembahan yang memberangsangkan. Pasukan itu mendapat tangga ke-22 dari 24 pasukan yang menyertai.

Tangga ke-23 dan ke-24 ketika itu diduduki oleh pasukan Singapura. Jadi ini bermaksud, Traitor Esports merupakan pasukan paling tercorot di Malaysia pada peringkat musim PMPL MYSG musim pertama.

Beberapa bulan telah pun berlalu. Namun perubahan masa tidak sama sekali memudarkan harapan dan semangat Asta sebagai pemain e-sukan.

Dia tekad.
Dia masih mahu terus bermain.

Tapi kali ini bersama pasukan baharu, LX Esports.

Jika dahulu bersama Traitor Esports Asta mendapat jemputan terus ke PMPL, kali ini dia perlu bermula dari bawah bersama LX Esports.

“Sejak pasukan ini ditubuhkan, kami akan menyertai scrim (latihan bersama kumpulan lain) pada setiap malam.

“Apa-apa kesilapan yang kami lakukan, kami akan mencuba semula,” kata Asta.

Setiap sesi latihan yang dilalui ternyata berbaloi apabila Asta dan LX Esports bukan sahaja muncul sebagai juara peringkat Kelayakan Zon Miramar Kejohananan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC) 2020, namun juara secara keseluruhan di peringkat pusingan penentu (playoff).

Lebih menakjubkan apabila pasukan itu mengutip empat Chicken Dinner dan menjadi satu-satunya pasukan yang meraih lebih 200 mata.

Foto: PUBG Mobile Esports
Foto: PUBG Mobile Esports


LX Esport juga mengutip mata bunuh terbanyak iaitu 94 kills.

Tiada perkataan yang dapat diungkap oleh Asta, melainkan rasa teruja.

“Kami memang sangat teruja dan bangga kerana kami bermula dari kosong,” kata Asta dalam satu temu bual bersama hos PMNC, Parthiban Petchayappen (OnTheGo) semalam.

Asta dan LX Esports membawa pulang RM30,000 selepas menjadi juara PMNC 2020.

Menerusi kemenangan itu juga, Asta dan LX Esports secara automatik mendapat slot ke PMPL 2020.

Turut mengikuti LX Esports adalah TRX Elementus, Team Bosskurr, Marlino on South dan AKA Rouge.

PMNC 2020 telah berlangsung selama lima minggu dan telah menjadi platform kepada pemain-pemain PUBG Mobile seluruh Malaysia untuk menggilap skil masing-masing.

PMNC 2020 dibawakan oleh Yoodo, servis mudah alih digital dari Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkna pelan data internet bersama khidmat pesanan ringkas dan panggilan yang boleh diubahusai mengikuti keperluan pengguna pada setiap bulan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved