Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: uHigh ‘dirasuk’, buat pemain antarabangsa tergamam

Published

on

PEMAIN profesional PUBG Mobile negara, Dhiya Ulhaq (uHigh) mempamerkan aksi menakjubkan pada pusingan ke-13 peringkat Super Weekend Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Dia berjaya mendapatkan sembilan mata bunuh dengan menyingkirkan pemain-pemain pasukan Reject Scarlet (Jepun), Box Gaming (Vietnam), Valdus the Murder dan RRQ Athena (Thailand).

Team Secret yang kini tampil dengan corak permainan lebih agresif memberikan peluang kepada pemain muda itu untuk menunjukkan bakatnya.

Pada awal pertarungan, uHigh berjaya meratakan dua pemain pasukan Jepun Reject Scarlet berseorangan di kota San Martin.

Pemain paling muda dalam Team Secret itu jga berjaya melumpuhkan (knock down) pemain Vietnam, Break terlebih dahulu sebagai kunci kejayaan bagi pasukan Team Secret dalam pertarungan menentang Box Gaming.

Ketika berseorangan, pemain yang baru berusia 16 tahun itu juga berjaya mempertahankan kawasannya daripasa serangan musuh seperti Valdus the Murder dan RRQ Athena.

Aksi hebat uHigh dipuji oleh pemain-pemain antarabangsa seperti Tanmay Singh (Scout) dan Brandon Cole Patterson (Sixless).

“Corak permainan uHigh sememangnya mantap”- kata Sixless melalui laman Instagram rasminya.

Sixless, bekas pemain organisasi Cloud 9, pernah menyertai kejohanan-kejohanan global seperti PMCO Spring Split Finals 2019 dan dianggap antara pemain PUBG Mobile terbaik di benua Amerika Utara.

Foto: Instagram / Sixless

Bukan itu sahaja, pemain profesional PUBG Mobile India, Tanmay Singh (ScoutOP) dilihat memuat naik satu kenyataan mengenai corak permainan uHigh di Instagram peribadinya dengan kapsyen “Next Level Gameplay” .

Foto: Instagram / Scout_pubg

ScoutOP, yang sedang bermain sebagai pemain sementara untuk Orange Rock kini berada di tempat ke-10 PMWL Timur.

Team Secret MY yang sebelum ini kurang menunjukkan prestasi yang dianggap kurang memuaskan berjaya memperbaiki mata dalam carta kedudukan pada pusingan-pusingan terakhir.

Team Secret MY kini berada di tempat ke-13 dengan kutipan 97 mata secara keseluruhan.

Satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank berada di tempat keempat dengan 168 mata secara keseluruhan.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved