Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: 5 pemain Malaysia tersenarai dalam Anugerah Pilihan Peminat PUBG Mobile

Published

on

Bagi anda yang mengundi, teruskan sehingga undian tamat! Ayuh beri sokongan kepada pemain-pemain Malaysia!

KUALA LUMPUR – Lima pemain profesional e-sukan yang bertanding dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim 0 2020 tersenarai dalam Anugerah Pemain Pilihan Peminat kategori Asia Tenggara yang diadakan sejak 16 Julai lalu.

Pemain pasukan Nombor 1 Asia Tenggara, Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) kekal berada di ranking pertama sejak semalam mengutip 382,3489 undian setakat ini.

Fredo jauh meninggalkan pesaing di tempat kedua iaitu jaguh dunia Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dari Bigetron Red Aliens sebanyak 123,821 undian ketika ini.

Setakat artikel ini ditulis, Zuxxy mengutip 258,668 undian.

Tiga lagi rakan sepasukan Fredo iaitu, Azim Ikromi (Draxx), Izzrudin Hashim (Jumper) dan Aiman Mohd (Man Parang) masing-masing berada di tangga kelapan sehingga tannga ke-10.

Draxx mengutip 37,647 undian, Jumper 30,040 undian dan Man Parang 28,579 undian.

Sementara itu, pemain Team Secret MY, Jiunn Jie Kow (Biubiu) berada di tangga ketujuh dengan 43,966 undian.

Berikut adalah ranking anugerah tersebut setakat ini:

Bagi anda yang mahu mengundi, boleh mengikuti langkah-langkah ini:

1) Buka PUBG Mobile⁣
2) Cari icon ???? di bahagian bawah kanan⁣
3) Tekan “RECOMMENDED” di bahagian atas⁣
4) Tekan “WORLD LEAGUE FAN FAVORITE VOTING.”⁣
5) Tekan rantau “Region” pilihan anda⁣
6) Tekan pasukan pilihan anda⁣
7) Tekan pemain pilihan anda⁣

PMWL Timur masih lagi berlangsung dan sudah memasuki hari keempat liga.

Kejohanan berprestij untuk menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai kira-kira RM1.8 juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved