Connect with us

PUBG Mobile

PMWL:Yoodo Gank kekal ranking pertama dua hari berturut-turut!

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile Nombor 1 Asia Tenggara kekal bertahan di ranking pertama Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur selama dua hari berturut-turut.

Meski Yoodo Gank yang tidak berjaya mengutip sebarang Chicken Dinner pada perlawanan kedua Minggu Pertama Super Weekend, pasukan The One and Onleh itu berjaya mengutip 141 mata setakat ini.

Tidak jauh enam mata di belakang Yoodo Gank adalah Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) yang mengutip 135 mata dengan 1 Chicken Dinner.

Berikut adalah pemenang kutipan Chicken Dinner setakat hari ini:

Peta 1 – Erangel – Yoodo Gank
Peta 2 – Vikendi – Yoodo Gank
Peta 3 – Miramar – Yoodo Gank
Peta 4 – Sanhok – VALDUS The Murder
Peta 5 – Erangel – RRQ Athena
Peta 6 – Erangel – T1
Peta 7 – Vikendi – Bigetron RED Aliens
Peta 8 – Miramar – Orange Rock
Peta 9 – Sanhok – Megastars
Peta 10 – Erangel – SynerGE

Sementara itu, satu lagi pasukan Malaysia Team Secret MY dilihat mengalami beberapa kesukaran apabila hanya menduduki tangga ke-15 setakat ini dengan 56 mata.

Berbaki lagi 35 pusingan, Team Secret MY mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan sebelum Final PMWL Timur bermula.

Minggu Pertama Super Weekend PMWL Timur akan kembali berlangsung esok pada jam 8 malam di Facebook dan YouTube PUBG Mobile.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved