Connect with us

PUBG Mobile

Jambatan Maut Sosnovka, RRQ menang sebab berenang masuk zon?

Published

on

PADA pusingan ketiga peringkat Super Weekend, pasukan-pasukan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur disajikan dengan zon selamat yang berakhir di Kepulauan Pangkalan Ketenteraan Sosnovka (Sosnovka Military Base) yang mengakibatkan banyak pertempuran berlaku di bahagian jambatan-jambatan menuju ke kepulauan tersebut.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, sekatan-sekatan jambatan yang dilakukan oleh pasukan-pasukan seperti Team IND dan Megastars di Ferry Pier (jambatan Barat) dan Novorepnoye (jambatan Timur)  mengakibatkan  kesukaran pasukan-pasukan lain untuk memasuki pulau Sosnovka.

Pasukan professional PUBG Mobile tanah air Yoodo Gank turut terjejas dalam sekatan jalan raya yang dilakukan itu apabila tiga pemainnya tumpas kepada pasukan India, SynerGE dan hanya meninggalkan kapten pasukan Aiman Mohd (Manparang).

Man Parang bagaimanapun berjaya meloloskan diri untuk mendapatkan mata kedudukan.

Pasukan-pasukan yang terkandas di Jambatan Ferry Pier (Barat)

  • TSM Entity
  • Valdus the Murder
  • T1
  • Reject Scarlet (RCS)

Pasukan-pasukan yang terkandas di Jambatan Novorepnoye (Timur)

  • Yoodo Gank

Menerusi sekatan jambatan itu Team IND berjaya mendapatkan 14 mata bunuh secara keseluruhan.

Namun begitu, pasukan Rex Regum Qeon Athena (RRQ Athena) membuat keputusan bijak dengan mengelakkan pertempuran di jambatan melalui kaedah berenang ke zon selamat.

Strategi ini juga dilakukan oleh juara dunia PMCO Fall Split Finals 2019, Bigetron Red Aliens setelah mengetahui bahawa sekatan jambatan akan berlaku.

Keputusan itu berdasarkan tindakan bijak ketua dalam permainan Made Bagas Pramudita (Zuxxy) yang melakukan aktiviti pemantauan di jambatan Novorepnoye.

Pusingan itu diakhiri dengan kemenangan RRQ Athena meraih Chicken Dinner.

Secara keseluruhan, pasukan tanah air Yoodo Gank kini berada di tempat pertama dengan 104 mata manakala satu lagi wakil Malaysia, Team Secret MY berada di ranking ke-10 setakat ini dengan 35 mata secara keseluruhan.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved