PUBG Mobile
Recap Analisis: 4 kali Yoodo Gank kena “scam” dengan circle
SAYANG sekali bagi pasukan professional PUBG Mobile negara Yoodo Gank yang yang kini turun ke tempat keempat Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur selepas menguasai ranking itu di tempat pertama selama dua hari berturut-turut.
Yoodo Gank kini mengumpul 161 mata secara keseluruhan selepas tiga hari peringkat Super Weekend PMWL Timur berlangsung,
Berdasarkan pemerhatian WTM Today, zon selamat pada bulatan-bulatan akhir perlawananh hari ketiga Super Weekend PMWL Timur dilihat kurang menyebelahi pasukan Yoodo Gank.
Keadaan itu memaksa pasukan nombor 1 Asia tenggara itu melakukan penukaran posisi (rotasi) yang jauh untuk memasuki bulatan seterusnya.
Dalam beberapa pusingan pada hari terakhir Super Weekend, pasukan Yoodo dilihat terpaksa mengorbankan beberapa pemain dalam penukaran posisi (rotasi) ke dalam zon selamat.
Pada pusingan pertama di Erangel, pasukan Yoodo Gank terpaksa berdepan dengan pasukan India, Orange Rock yang menggagalkan rancangan Yoodo Gank untuk menuju ke dalam zon selamat.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports
Pada pusingan kedua di Vikendi pula, pasukan Yoodo Gank menghadapi kesukaran untuk memasuki bulatan seterusnya apabila zon selamat beralih daripada mereka.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports
Pada pusingan ketiga pula, keadaan tidak bernasib baik sekali lagi menimpa pasukan Yoodo Gank yang perlu merentasi kawasan berbukit untuk memasuki zon selamat seterusnya.
Hasrat mereka dihentikan oleh pasukan Bigetron Red Aliens dari Indonesia yang menghalang kemasukan mereka ke dalam zon selamat.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports
Pada pusingan Sanhok, Yoodo Gank mengalam pelbagai tekanan dari pelbagai arah, termasuk serangan dari pasukan GXR Celtz, KOG dan Team Secret apabila zon selamat beralih ke bahagian utara.

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports

Foto: Youtube/PUBG Mobile Esports
Pemain professional Yoodo Gank , Azim Ikromi (Draxx) turut meluahkan kekecewaanya terhadap zon-zon selamat yang tidak berpihak kepada mereka sepanjang Hari ketiga Super Weekend melalui laman Instagram rasminya.

Adakah zon selamat akan menyebelahi pihak Yoodo Gank pada peringkat League Weekend minggu kedua nanti?
Saksikan perjuangan Team Secret dan Yoodo Gank 8 malam nanti dalam misi kelayakan ke peringkat Super Weekend di laman Yotube dan Facebook.
Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.
PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).
