Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Team Secret MY belasah pasukan Asia Selatan dalam zon akhir sebelum raih Chicken Dinner

Published

on

Foto fail: PUBG Mobile Esports

Pasukan profesional PUBG Mobile Team Secret Malaysia berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner pada pusingan terakhir Hari Pertama League Weekend sekaligus melonjak ke kedudukan ke-10 hari ini.

Pasukan Team Secret MY berjaya mendapatkan 15 mata bunuh pada pusingan tersebut dengan melumpuhkan pemain-pemain dari pasukan-pasukan Asia Selatan seperti TeamIND, Celtz, Orange Rock dan MegaStars.

Pemenang Liga Profesional PMPL MY/SG itu memulakan strategi barbar (merusuh) menerusi aski ketua dalam pemainan (IGL) Aekachai Areesanan (Madtoi) dalam pertembungan bersama bekas pasukannya, Valdus The Murder.

Dalam pertempuran itu. dua pemain pasukan Valdus the Murder dilumpuhkan Madtoi.

Corak permainan agresif Team Secret turut menyebabkan pemain-pemain Valdus the Murder yang lain terpaksa melarikan diri bagi menjaga mata kedudukan dalam pusingan.

Keadaan itu memberi kelebihan kepada Team Secret untuk berada di sebuah perkampungan yang terletak dalam zon selamat.

Team Secret MY menambahkan lagi mata bunuhnya dengan menghabiskan pemain pasukan MORPH yang sibuk membuat penukaran posisi (rotasi) ke dalam bulatan.

Pada bulatan-bulatan akhir, pasukan negara membuktikan kekuatan pemain e-sukan rantau Malaysia dan Asia Tenggara apabila mudah meratakan pemain pasukan MegaStars dan OrangeRock yang sibuk berlawan antara satu sama lain.

Percaturan bijak Team Secret MY yang menggunakan permukaan muka bumi tanah tinggi memudahkan pasukan itu mengutip mata bunuh.

Pemain pasukan Team Secret, Dhiya Ulhaq (uHigh) dan (Madtoi) turut tersenarai dalam senarai pemain handalan pusingan tersebut.

uHigh berjaya mendapatkan empat mata bunuh dengan 740 kesan musnah manakala Madtoi mendapatkan lima mata bunuh dengan 488 kesan musnah bagi pusingan terakhir hari ini.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Pasukan Team Secret kini berada di kedudukan ke-10 secara keseluruhan selepas hari pertama minggu kedua League Weekend.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports
Foto: Youtube/ PUBG Mobile Esports

Satu lagi wakil negara, Yoodo Gank berada di kedudukan ke-13 secara keseluruhan dengan 30 mata keseluruhan selepas 5 pusingan dipertandingkan.

Pasukan Yoodo Gank dan Team Secret akan mensasarkan untuk memasuki peringkat Super Weekend pada hari Jumaat nanti.

Pada peringkat Super Weekend, 16 pasukan akan bersaing untuk mendapatkan mata terbanyak untuk mara ke final PMWL Timur.

PMWL Timur bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 Juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved