Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Beberapa jam sebelum undian ditutup, Fredo masih di ranking pertama dengan lebih 620,000 undian

Published

on

Foto Fail: PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile Ahmad Fuad Razali (Fredo) masih kekal mendahului carta Anugerah Pemain Pilihan Peminat kategori Asia Tenggara Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur Musim 0 2020.

Setakat 3.54 petang, Fredo telah mengutip 647,477 undian meninggalkan kira-kira 90,000 undian di hadapan jaguh dunia Bagas Pramudita (Zuxxy) dari Bigetron Red Aliens yang mengutip 555, 836 undian ketika ini.

Fredo dilihat kekal berada di carta pertama itu sejak Sabtu lalu.

Tiga lagi rakan sepasukan Fredo iaitu, Azim Ikromi (Draxx), Izzrudin Hashim (Jumper) dan Aiman Mohd (Man Parang) masing-masing berada di tangga ketujuh sehingga tangga ke-10.

Draxx mengutip 71,147 undian, Jumper 56,576 undian dan Man Parang 54,237 undian.

Sementara itu, pemain Team Secret MY, Jiunn Jie Kow (Biubiu) berada di tangga kelapan dengan 60,455 undian.

Berikut adalah ranking anugerah tersebut setakat ini:

Menurut PUBG Mobile Esports, 64 peminat bertuah akan dipilih secara rawak untuk bermain dengan pemain PUBG Mobile paling popular.

PMWL Timur masih lagi berlangsung dan sudah memasuki hari keempat liga.

Kejohanan berprestij untuk menawarkan hadiah wang terkumpul bernilai kira-kira RM1.8 juta (AS$450,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved