Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Hanya 1 mata, bukan rezeki Yoodo Gank ke Super Weekend 2

Published

on

Foto fail : Facebook / PUBG Mobile

HANYA satu mata sahaja.

Itu adalah perbezaan mata antara pasukan tanah air, Yoodo Gank dan pasukan Korea Selatan T1 untuk melayakkan diri ke peringkat Super Weekend 2 Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Yoodo Gank yang berada di tangga ke-17 pada peringkat minggu kedua League Weekend mengutip 58 mata manakala T1 mengutip 59 mata.

Pada peringkat Super Weekend kali ini yang hanya mempertandingkan dua peta iaitu Sanhok dan Erangel, Yoodo Gank mengutip 31 mata kedudukan dengan 27 mata bunuh.

Secara keseluruhan, Yoodo Gank berada di tangga keempat pada peringkat liga Super Weekend dengan 161 mata ketika ini.

Namun pada peringkat Super Weekend minggu ini, Yoodo Gank akan terlepas 15 pusingan untuk menambah mata dalam ranking keseluruhan PMWL Timur.

Selain Yoodo Gank, pasukan India NOVA Godlike, pasukan Indonesia MORPTH Team dan pasukan Mongolia NoChance Team turut terlepas dari menyertai Super Weekend kali ini.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia Team Secret MY sekali lagi berjaya mara ke peringat Super Weekend apabila menunjukkan aksi yang konsisten berbanding minggu lalu.

Pada League Weekend kali ini, Team Secret MY berjaya mengumpul 95 mata, iaitu hanya dua mata sahaja dengan kedudukan jaguh dunia Bigetron RED Aliens yang mengutip 97 mata.

Berikut adalah ranking penuh minggu kedua League Weekend:

Team Secret MY turut berjaya mengutip dua Chicken Dinner berturut-turut pada minggu ini.

Ia dilakukan pada pusingan kelima di Erangel dan pusingan keenam di Sanhok.

Berikut adalah senarai pemenang Chicken Dinner minggu kedua League Weekend.

Pusingan 1 – Erangel – Free Style⁣⁣⁣⁣⁣
Pusingan 2 – Sanhok – Valdus The Murder ⁣⁣⁣
Pusingan 3 – Erangel – T1⁣⁣
Pusingan 4 – Sanhok – U Level UP⁣
Pusingan 5 – Erangel – Team Secret MY
Pusingan 6 – Sanhok – Team Secret MY
Pusingan 7 – Erangel – SynerGE
Pusingan 8 – Sanhok – Bigetron Red Aliens
Pusingan 9 – Erangel – KOG
Pusingan 10 – Sanhok – Galaxy Racer Celtz

Peringkat Super Weekend PMWL Timur akan berlangsung pada Jumaat sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved