Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Team Secret mara ke Super Weekend, kutip 2 Chicken Dinner berturut-turut

Published

on

Foto fail: Facebook / PUBG Mobile

PASUKAN professional PUBG Mobile tanah air Team Secret MY berjaya layak ke peringkat  Super Weekend apabila memperoleh 95 mata secara keseluruhan pada peringkat League Weekend bagi minggu kedua.

Ia sekali gus meletakkan Team Secret MY berada di kedudukan kedua selepas 10 pusingan berlangsung.

Team Secret MY dilihat beraksi dengan kemas selepas memperbaiki kedudukan dengan melonjak ke tempat kedua dari kedudukan ke-10 selepas meraih satu Chicken Dinner dan di peta Sanhok pada Selasa.

Dalam pusingan pertama minggu kedua League Weekend, pemenang  Liga Profesional PMPL MY/SG itu berjaya mempertahankan kawasan yang diduduki mereka yang terletak di bahagian pergunungan PaiNan sekaligus mendapatkan kedudukan optimum dalam zon-zon selamat.

Foto: Youtube/ PUBG Mobile

Perlawanan akhir 4 lawan 4 menentang pasukan NovaGodlike dari India turut dimenangi oleh pasukan Team Secret MY walaupun pada awalnya kelebihan dilihat menyebelahi pasukan India yang menduduki kawasan tanah tinggi pada bulatan terakhir.

Dalam pertembungan akhir itu, pemain Team Secret MY, Asyam Allam (Rex), yang diturunkan untuk bermain pusingan ini membuktikan kehadirannya sebagai pemain kelima turut memainkan peranan penting dalam menambah mata keseluruhan ranking.

Pada pusingan kedua pula, Team Secret MY meneruskan corak permainan agresif mereka dengan mendapatkan lima mata bunuh walaupun tersingkir pada peringkat awal.

Pusingan keenam di Erangel, memperlihatkan ketua dalam permainan (IGL) pasukan Team Secret MY, Aekachai Areesanan (Madtoi) bijak mengoptimumkan mata kedudukan dengan bermain secara pasif sehingga zon terakhir apabila dia tinggal keseorangan.

Pasukan Team Secret MY menamatkan League Weekend dengan 95 mata keseluruhan dan 46 mata bunuh.

Menerusi pengumpulan mata itu, Team Secret MY berpeluang untuk beraksi di peringkat Super Weekend pada hari Jumaat nanti.

Satu lagi pasukan negara Yoodo Gank kurang bernasib baik apabila terkandas dalam perjuangan ke SuperWeekend hanya dengan beza 1 mata.

Peringkat Super Weekend PMWL Timur akan berlangsung pada Jumaat sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved