Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: ‘Pembeli circle’ Last Survivor R2k kini sertai Damansara Esports

Published

on

Foto: Facebook/ Damansara Esports

Finalis Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) Last Survivor R2k kini menyertai organisasi e-sukan baharu yang dikenali sebagai Damansara Esports.

Dalam satu pengumuman rasmi melalui laman Facebook, Damansara Esports berkata tujuan penubuhan organisasi itu adalah untuk menyediakan platform kepada pemain-pemain berbakat untuk berkembang dan merealisasikan impian mereka.

Damansara Esports masih mengekalkan barisan utama pemain Last Survivor R2K, yang terdiri daripada:

  • Mosgoku (Kapten & Scout)
  • Echong (Sniper)
  • Zykz (Fragger)
  • PewPew (Support)
  • NSP (rusher)

Selain itu, Damansara Esports turut memperkenalkan pengulas e-sukan terkenal tanah air, Azrul Anwar sebagai Pengetua bagi pasukan Damansara Esports.

Last Survivor R2k sebelum ini pernah memenangi tempat keempat dengan 203 mata keseluruhan, 7 mata di belakang  Bigetron AROV yang layak ke Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA)

Barisan Last Survivor R2k sebelum ini pernah memenangi

  • Tempat keempat peringkat akhir Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/SG)
  • Tempat Kedua Selangor Cyber Games 2019
  • Tempat Keenam IO Esports Community Cup 2020
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved