Connect with us

PUBG Mobile

OntheGo ‘kaki scam’, tapi dia baik- uHigh

Published

on

Foto: WTM Today

“Tiada OTG, tiadalah saya sekarang.”

Itu kata pemain profesional PUBG Mobile tanah air Dhiya Ulhaq (uHigh) dari pasukan Team Secret MY yang kini mewakili negara dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Dalam satu temubual eksklusif bersama WTM Today, uHigh menyifatkan pengurus pasukan, Partibhan Petchayappen (OntheGo) sebagai pengurus pasukan terbaik yang boleh diharapkan untuk Team Secret.

“Dia (OntheGo) banyak membantu saya. Bagi saya, dia merupakan pengurus pasukan terbaik yang kami boleh harapkan untuk Team Secret,” jelas uHigh,” katanya.

Saksikan temu bual di laman Youtube WTM Today

Selain itu, uHigh yang merupakan Pemain Terbaik peringkat liga PMPL MY/SG turut menyifatkan rakan-rakan sepasukannya yang lain sangat membantu dalam membentuk dirinya sebagai seorang pemain profesional.

“Madtoi banyak mengajar saya mengenai kemahiran bertahan sehingga zon-zon terakhir untuk mengoptimumkan mata kedudukan dan mana-mana kemahiran yang saya tidak pernah ada. Bagi saya, Madtoi merupakan ketua dalam pasukan (igl) terbaik di dunia.

“BiuBiu pula merupakan seorang yang prihatin terhadap rakan sepasukannya dan akan memastikan suasana sekeliling dalam keadaan yang positif”

“iShotz pula sentiasa memperbaiki kesilapan-kesilapan saya ,” tambah uHigh dalam video yang sama.

Dalam temu bual tersebut, uhigh turut menceritakan penerimaan ahli keluarga terhadap kerjayanya sebagai seorang pemain esukan profesional.

Dhiya Ulhaq Mohd Arasz bersama rakan sepasukannya Kow Jiunn Jie (BiuBiu), Raymond Tan (iShotz), Asyam Allam (Rex) dan Aekachai Areesanan (Madtoi) kini berada di kedudukan ke-13 dalam PMWL Timur selepas satu minggu.

Team Secret MY akan bermain di peringkat Super Weekend Minggu Kedua kejohanan PMWL bermula hari ini sehingga Ahad nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved