Connect with us

PUBG Mobile

Ramalan PMWL: Gagal ke Super Weekend tidak bermakna impian Juara Dunia pudar

Published

on

GAGAL ke peringkat Super Weekend Minggu Kedua tidak bermakna pintu peluang pasukan PUBG Mobile Nombor 1 Asia Tenggara Yoodo Gank tertutup untuk mara ke Final Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.

Walaupun gagal untuk melayakkan diri ke dalam minggu kedua Super Weekend dan akan terlepas 15 pusingan, Yoodo Gank kini berada di kedudukan keempat dengan kutipan 161 mata secara keseluruhan.

Yoodo Gank dilihat masih berpotensi untuk membuat kemunculan semula (comeback) dan mara ke peringkat akhir liga dunia itu sekiranya mempamerkan konsistensi dalam permainan.

Pasukan yang sinonim dengan gelaran The One and Onleh perlu berada di kedudukan ke-15 secara keseluruhan untuk merealisasikan impian ke peringkat akhir PMWL Timur.

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, pasukan-pasukan yang gagal meloloskan diri ke peringkat Super Weekend sebanyak dua minggu berturut-turut lebih berisiko tinggi untuk gagal ke final berbanding Yoodo Gank.

Ramalan carta keseluruhan selepas tamat Super Weekend minggu kedua

Pasukan yang gagal ke Super Weekend sebanyak 1 kali: uLevelup????????, Yoodo Gank????????, NoChance???????? dan FreeStyle????????

Pasukan yang gagal ke Super Weekend sebanyak 2 kali: Nova GodLike???????? dan Morph Team????????

Berdasarkan pengiraan WTM Today, Yoodo Gank hanya perlu layak ke Super Weekend pada minggu ketiga dan mempamerkan aksi konsisten sepanjang 15 pusingan tersebut untuk berpeluang beraksi di final.

Pada peringkat liga PMWL Timur, ia hanya menawarkan jumlah wang terkumpul kira-kira RM200,000 (AS$50,000) dan bukan gelaran juara dunia.

Mampukah Yoodo Gank melayakkan ke peringkat akhir PMWL Timur dan merebut gelaran juara dunia yang akan diadakan pada 6 hingga 9 Ogos nanti?

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.

Ikan hiu dipotong-potong, minat analisis tapi bo' ong. Analyst, writer, PUBGM enthusiast. Instagram: @detectivedubu

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved