PUBG Mobile
PMWL: Kebangkitan semula Team Secret MY, lonjak 5 anak tangga
Pasukan profesional PUBG Mobile negara Team Secret berjaya membuat kebangkitan semula (comeback) dalam memperbaiki kedudukan carta keseluruhan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur.
Team Secret MY yang berjaya mengutip 69 mata pada hari pertama bagi minggu kedua peringkat Super Weekend, melonjak naik dari ke-13 sehingga kedudukan kelapan secara keseluruhan.
Team Secret kini berada di tangga kelapan dengan 166 mata keseluruhan dengan 69 mata bunuh.


Pasukan Team Secret memulakan kebangkitan semula dalam carta pada minggu kedua dengan memaparkan prestasi cemerlang apabila memperolehi tempat kedua di peringkat League Weekend untuk melayakkan diri ke Super Weekend.
Pemenang Liga Profesional PMPL MY/SG ini memulakan hari dengan baik apabila memperoleh 6 mata bunuh sekaligus menempatkan diri di kedudukan kelima bagi pusingan pertama di Erangel.

Bertitik tolak dari situ, Team Secret berjaya mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner di pusingan Vikendi dan menamatkan pusingan tersebut dengan 12 mata bunuh.
Corak permainan agresif yang ditunjukkan oleh Team Secret berjaya menyingkirkan pasukan-pasukan ternama seperti TeamIND, RRQ Athena, Valdus Esports, King of Gamers Club dan juara dunia PMCO Fall Split 2019 Bigetron Red Aliens.
Team Secret MY meneruskan konsistensi dalam carta kedudukan dengan menamatkan saingan di peta Miramar di tempat ketiga dengan 7 mata bunuh apabila gagal memasuki zon selamat terakhir yang tidak menyebelahi pihak mereka.

Sementara itu, satu lagi wakil Malaysia Yoodo Gank yang akan ketinggalan 15 pusingan dalam Super Weekend kali ini turun ke tangga ke-10 dari tangga keempat sebelum ini.
Peringkat Super Weekend Minggu Kedua PMWL Timur akan berlangsung sehingga Ahad nanti.
PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM1.8 (AS$450,000) juga secara keseluruhan.
