Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Isu ‘team up’, pengurus Tencent Indonesia ambil tindakan?

Published

on

PIHAK Tencent Games Indonesia sudah membuat melaporkan mengenai satu tindakan yang dilihat ‘mencurigakan’ dari beberapa pasukan Asia Tenggara yang menyertai Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur pada semalam.

Pengurus E-sukannya, Agung Caniago berkata pihaknya akan menunggu keputusan atau tindakan susulan berdasarkan laporan yang telah dilakukan.

“Sudah dilaporkan. Tunggu hasilnya kerana kami mempunyai bahagian POV (pemerhati/pemantau).

“Kalau terbukti, sudah pasti akan ada hukuman dan pihak kami juga akan berjuang untuk kes ini. Ayuh, #IndoPride,” katanya dalam satu komen berbalas kepada akaun Instagram media komuniti e-sukan di Indonesia, RBJ Esports malam tadi.

Akaun tersebut memuat naik satu video yang memperlihatkan aksi dua pasukan Thailand iaitu King of Gamers Club (KOG) dan Valdus the Murder pada pusingan ke-16 Super Weekend Minggu Kedua PMWL Timur.

Instagram /@rbj_esports

Dalam kejadian di peta Erangel itu, KOG dilihat meninggalkan medan pertempuran selepas melumpuhkan tiga pemain Valdus The Murder.

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

Pada mulanya, visual menunjukkan keempat-empat KOG sedang berkumpul di sebuah bangunan di bahagian Timur School, Erangel.

Pada masa yang sama, di sebelah kiri visual tersebut menunjukkan beberapa pemain Valdus The Murder sedang menaiki dua kereta menuju ke zon selamat 1 yang terletak di bahagian Shelter, Erangel.

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

Beberapa saat kemudian, visual menunjukkan perspektif pemain KOG Nitiphum Jitrapotch (bosSZA) yang menembak beberapa pemain Valdus The Murder ketika menaiki kenderaan.

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

Kenderaan tersebut terhenti dan bosSZA berjaya melumpuhkan pemain Valdus The Murder Tinnapop Benjawong (MARTIN) dan Supakorn Ektechawut (VELMOTH).

Sementara itu, rakan sepasukan bosSZA, Peerawitch Jangpromma (CONCEPT) juga berjaya melumpuhkan dan membunuh pemain Valdus The Murder Sompong Kaewsawang (GODDARD).

Visual kemudiannya beralih ke perpektif pemain Valdus The Murder Manun Yaepsungnoen (Armjone) yang membaling bom asap ke arah rakan-rakan sepasukannya yang lumpuh tadi.

Selepas kematian GODDARD, KOG dilihat berhenti membalas tembakan dan beredar dari kawasan tersebut.

Dalam pusingan ke-16 itu, KOG berada di tangga ke-sembilan dengan satu kutipan mata kedudukan dan empat mata bunuh.

Sementara itu, Valdus The Murder hanya meraih lima mata secara keseluruhan.

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports
Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

Pusingan itu juga menunjukkan jaguh Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) Asia Selatan, Galaxy Racer Celtz berjaya mengutip Chicken Dinner.

Secara keseluruhan di peringkat Super Weekend, KOG berada di tangga keempat dengan 205 mata manakala Valdus The Murder di tangga kesembilan dengan 162 mata.

Selepas 20 pusingan berlangsung di Super Weekend, KOG gagal untuk mendapatkan sebarang Chicken Dinner namun Valdus The Murder pula hanya sekadar mampu mengutip satu Chicken Dinner ketika ini.

PMWL Timur akan kembali berlangsung pada malam ini bagi peringkat Super Weekend Minggu Kedua.

Kejohanan dunia itu menawarkan hadiah wang terkumpul RM1.8 juta secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved