Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: uHigh Team Secret MY tersenarai dalam ranking kills terbanyak

Published

on

Foto fail

KUALA LUMPUR – Pemain profesional e-sukan berbakat besar, Dhiya Ulhaq Mohd Arasz (uHigh) dari pasukan Team Secret MY tersenarai dalam ranking pemain yang mengumpul mata bunuh (kills) terbanyak dalam perlawanan hari pertama Super Weekend 2 Liga Profesional PUBG Mobile (PMWL) Timur semalam.

uHigh yang baru berusia 16 tahun mengumpul 10 mata bunuh dalam lima pusingan yang berlangsung semalam.

Pemain Terbaik (MVP) peringkat liga PMPL Malaysia dan Singapura itu turut berkongsi mata bunuh dengan jaguh dunia, Muhammad Albi (Ryzen) dari pasukan Bigetron Red Aliens yang turut mengutip 10 kills.

Foto: YouTube / PUBG Mobile Esports

Sementara itu, pemain Thailand dari pasukan King of Gamers Club (KOG) Peerawitch Jangpromma (CONCEPT) berada di ranking pertama dengan 11 mata bunuh.

Pada semalam, uHigh dan Team Secret MY berjaya memperbaiki kedudukan dari tangga ke-13 ke tangga ke-8 selepas berjaya meraih 69 mata, termasuk satu Chicken Dinner.

BACA: Kebangkitan semula Team Secret MY, lonjak 5 anak tangga

PMWL Timur akan kembali berlangsung hari ini untuk hari kedua Super Weekend 2 pada jam 8 malam nanti di Facebook PUBG Mobile.

Kejohanan dunia itu menawarkan hadiah wang terkumpul RM1.8 juta secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved