Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Komuniti e-sukan Indonesia puji OnTheGo, J Hunter

Published

on

Foto: YouTube / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Warganet Indonesia memuji kepetahan dan cara pembawakan pengulas e-sukan Malaysia, Parthiban Partibhan Petchayappen (OnTheGo) Azrul Anwar (J Hunter) ketika mengulas perlawanan dalam Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur dalam Bahasa Melayu.

Ada dalam kalangan komuniti Indonesia berkata mereka lebih suka menonton PMWL dalam ulasan Bahasa Melayu kerana lebih menghiburkan.

“Pengulasnya memang OP! Salam dari Indo,” kata pengguna Instagram @adeputra9036.

Sementara itu pengguna Instagram @arf_2101 dan @sanskuywithme turut senada dan menyifatkan pengulas-pengulas tanah air yang berpengalaman itu pandai berceloteh.

Foto: Instagram / @wtmtoday
Foto: Instagram / @wtmtoday
Foto: Instagram / @wtmtoday

OnTheGo dan J Hunter bukan satu nama asing di Malaysia.

Kedua-dua mereka merupakan personaliti e-sukan popular, terutama dalam kalangan komuniti PUBG Mobile.

Gandingan duo ini berpengalaman mengulas e-sukan PUBG Mobile di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara kejohanan yang mereka pernah terlibat termasuk PMCO Musim Luruh dan Musim Bunga Asia Tenggara serta Global Final PMCO.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved