Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Valdus mohon maaf atas salah faham post Instagram

Published

on

Foto: Facebook VALDUS Esports

PASUKAN profesional PUBG Mobile Thailand, Valdus The Murder memohon maaf kepada orang ramai berhubung satu post Instagram yang dimuatnaik baru-baru ini.

Menurut organisasi Valdus The Murder, Valdus Esports, semangat kesukanan dan menghormati peraturan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur sentiasa menjadi tunjang pasukannya.

“Kami memohon maaf dan mahu menjelaskan mengenai salah faham berkaitan post Instagram. Kami dimaklumkan frasa bahasa Thailand (dalam kapsyen post) telah diterjemahkan dengan salah.

“Frasa bahasa Thailand sepatutnya diterjemahkan sebagai ‘memberi sokongan kepada’.

“Dalam post ini, ia sama seperti post yang lain dengan kami mengharapkan peminat Thailand untuk memberi sokongan kepada kesemua pasukan negara ini, dan memberi sorakan kepada KOG,” kata Valdus Esports dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, satu post Valdus Esports yang diterjemahkan secara automatik ke Bahasa Inggeris mengundang kontroversi.

Dalam kapsyen post itu, Valdus Esports menulis:”Ayuh memberi sokongan kepada Valdus the Murder dan wakil-wakil Thailand.

“Ketiga-tiga pasukan Thailand ada di sini (PMWL) Timur.

“Teruja untuk membantu KOG sebaik-baiknya. Kami bersedia untuk Super Weekend. Tolong beri sokongan kepada kami!”

BACA: Isu ‘team up’, pengurus Tencent Indonesia ambil tindakan?

Valdus Esports kini berada di tangga kesembilan dalam ranking PMWL Timur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved