Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Team Secret MY top 1 dalam Super Weekend 2

Published

on

Foto fail: PUBG Mobile Esports

PASUKAN profesional PUBG Mobile tanah air, Team Secret MY mengutip mata terbanyak pada peringkat Super Weekend 2 Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur ketika ini.

Team Secret MY yang dilihat masih mengekalkan momentum sejak pembukaan minggu kedua PMWL, berjaya mengumpul 137 mata setakat hari ini, pada peringkat Super Weekend 2.

Meski tidak berjaya mengutip sebarang Chicken Dinner hari ini, Team Secret MY masih kekal di ranking ketujuh pada peringkat keseluruhan liga.

Secara total, Team Secret MY kini mengutip 234 mata selepas melalui 25 pusingan peringkat Super Weekend PMWL Timur.

Sementara itu, jaguh dunia Bigetron Red Aliens berada di ranking pertama keseluruhan dengan 299 mata.

Satu lagi pasukan Malaysia, Yoodo Gank terpaksa akur berada di ranking ke-14, selepas terlepas 10 pusingan Super Weekend 2.

PMWL Timur akan kembali esok bagi hari terakhir Super Weekend 2.

20 pasukan Asia yang bertanding PMWL Timur ketika ini sedang bertarung untuk mendapatkan slot ke final pada 6-9 Ogos nanti.

PMWL Timur menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.8 juta secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved