Connect with us

PUBG Mobile

Razer SEA Invitational: No Team Up, No Problem AROV Esports berjaya kutip satu Chicken Dinner

Published

on

“Tidak Team Up, Tiada Masalah.”

Itu adalah situasi yang berjaya direalisasikan oleh pasukan profesional PUBG Mobile negara, AROV Esports apabila mereka berjaya mendapatkan Chicken Dinner dalam pusingan terakhir bagi hari pertama Razer SEA Invitational yang berlangsung semalam.

Pasukan AROV Esports berjaya meraih Chicken Dinner pertama Malaysia setelah berjaya menumpaskan pasukan-pasukan Brunei, Radiense Gaming dan AutoTooSoon pada bulatan akhir.

BACA: Negara kita akan Fight Like A Man – Boyka

AROV berjaya mendapatkan 20 mata sebagai pemenang Chicken Dinner dan mengutip lapan mata bunuh (kills) dalam pusingan Miramar tersebut.

Pasukan AROV Esports berjaya menandingi pasukan-pasukan negara lain yang dipercayai bergabung untuk mendapatkan mata kemenangan.

VIDEO: Chicken Dinner AROV Esports tanpa Team Up

Berdasarkan peraturan kejohanan yang dipaparkan di laman Razer, pemenang bagi Razer SEA Invitational kategori PUBG Mobile akan ditentukan menerusi jumlah agregat bagi dua pasukan dari negara yang sama.

BACA: Razer SEA Invitational: Format PUBG Mobile berbeza, potensi team up?

AROV kini berada di tempat ketujuh keseluruhan selepas hari pertama pusingan kelayakan Razor SEA Invitational 2020. Sementara itu, secara keseluruhan Malaysia berada di tangga ke-sembilan.

Satu lagi wakil Malaysia, Yoodo Gank berada di tempat ke-19.

Walau bagaimanapun, Yoodo Gank disahkan menarik diri daripada kejohanan Razer SEA Invitational atas prinsip profesional pasukan itu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved