Connect with us

PUBG Mobile

Kami bersedia untuk Liga Dunia- BiuBiu

Published

on

Foto: Facebook / Team Secret

“Kami bersedia untuk Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL).”

Itu kata pemain profesional PUBG Mobile dari pasukan Team Secret Malaysia, Kow Jiunn Jie (BiuBiu) dalam satu sesi temu bual selepas perlawanan pertunjukan Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) pada hujung minggu lalu.

Dalam sesi temu bual itu, BiuBiu menjelas Team Secret sedang melakukan persiapan rapi menjelang PMWL yang akan diadakan pada 10 Julai nanti.

“Kami bermain dalam perlawanan persahabatan (scrims) dan mod klasik untuk menambahkan keserasian antara rakan sepasukan.”

“Pada masa ini, kami agak bersedia untuk liga dunia timur nanti” kata BiuBiu.

sementara itu, BiuBiu turut berkongsikan nasihat kepada para pemain PUBG Mobile amatur yang ingin merealisasikan impian mereka di peringkat kompetitif.

“Jangan putus asa, semangat daya saing harus disemarakkan apabila menghadapi halangan tertentu dalam usaha menjadi pemain profesional,”kata BiuBiu

Team Secret, terdiri daripada kapten BiuBiu, ketua dalam pasukan Madtoi, penembak hendap (sniper) iShotz dan fragger uHigh, akan menyertai Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Musim 0 dan bakal bertembung dengan pasukan-pasukan PUBG Mobile profesional lain dari serata dunia.

Liga Dunia Timur PUBG Mobile akan diadakan pada 10 Julai-9 Ogos dan bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 Juta.

Antara pencapaian Team Secret setakat ini termasuk:

  • Tempat Pertama Liga Profesional PUBG Mobile MY/SG
  • Tempat Ke-5 Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara
  • Tempat Ke-6 Selangor Cyber Games-Edisi Piala Duduk di Rumah
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved