Connect with us

PUBG Mobile

PMPL Scrims: Dominasi kuasa besar Thailand, Secret Malaysia tangga keempat

Published

on

Foto; Facebook / Team Secret

KUALA LUMPUR- Perlawanan Persahabatan Team Secret PUBG Mobile Pro Scrims pada minggu ini menyaksikan pasukan-pasukan Thailand menguasai carta paling atas.

King of Gamers Club (KOG), Team Secret Thailand (TS TH), Valdus Esports, berjaya menduduki ranking tiga terbaik dalam scrim itu.

Ketiga-tiga pasukan Thailand ini juga berjaya menyapu bersih kesemua Chicken Dinner pada hari ini.

Berikut merupakan keputusan Chicken Dinner bagi Minggu Kedua- Hari Pertama Team Secret PUBG Mobile Pro Scrims:

  • Sanhok- King Of Gamers Club (KOG)
  • Vikendi- Team Secret Thailand (TS TH)
  • Miramar-Valdus Esports
  • Erangel-King Of Gamers Club (KOG)

Sementara itu, pasukan negara yang bakal mewakili negara ke Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) Timur, Team Secret Malaysia berada di kedudukan keempat dengan 43 mata secara keseluruhan.

Team Secret Malaysia menunjukkan permainan agresif sepanjang perlawanan berlangsung dengan mencatatkan tujuh mata bunuh di pusingan Sanhok, 10 mata bunuh di pusingan Vikendi, lima mata bunuh di pusingan Miramar dan satu mata bunuh di pusingan Erangel.

Sesi Perlawanan Persahabatan Profesional PUBG Mobile Team Secret yang diadakan pada 24-25 Jun dan 1-2 Julai dibawakan oleh Hotlink.

Scrim itu menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM12,840 (AS $3,000).

Pasukan-pasukan PUBG Mobile yang menyertai scrim tersebut adalah:

  • Team Secret MY ????????
  • AROV ????????
  • EVOS VIP ????????
  • NED ????????
  • KOG ????????
  • Team Secret TH????????
  • Valdus ????????
  • BTR RA ????????
  • Morph ????????
  • Aura ????????
  • Aerowolf ????????
  • Celtz ????????
  • Nova GodLike ????????
  • Team IND ????????
  • ULU ????????
  • Box Gaming ????????
  • No Chance ????????
  • RCS ????????
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved