Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile diharamkan di Pakistan, apa nasib FreeStyle di PMWL?

Published

on

PASUKAN Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) dari Pakistan, FreeStyle bakal menghadapi cabaran untuk beraksi di kejohanan dunia itu setelah Penguatkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) menguatkuasakan larangan ke atas PUBG Mobile pada Rabu lalu.

Dalam satu pengumuman rasmi melalui laman Facebook, PTA menyatakan pihak mereka menerima pelbagai aduan daripada pelbagai komuniti Pakistan.

Antara aduan termasuk mengenai tanggapan permainan PUBG Mobile yang menyebabkan ketagihan, membuang masa dan mengakibatkan impak negatif terhadap kesihatan fizikal dan psikologi kanak-kanak.

Foto: Facebook/ Pakistan Telecomunication Authority

Perkara ini secara langsung menjejaskan peluang pemenang Liga Dunia Profesional PUBG Mobile Pakistan (PMPL Pakistan), FreeStyle untuk berentap di PMWL yang akan diadakan pada 10 Julai-9 Ogos ini.

Dalam pengumuman rasmi pasukan FreeStyle melalui laman Instagram, pihak mereka menjelaskan bahawa mereka akan mencari jalan yang optimum untuk mengatasi halangan ini demi hak mereka, sama ada dengan melakukan rayuan mahupun menerusi mahkamah tinggi.

Foto: Instagram / freestyle_pakistan

“Inilah kali pertama dalam sejarah Pakistan layak ke kejohanan dunia, namun pihak kerajaan Pakistan langsung tidak memberi sokongan kepada usaha kami.

“Daripada menumpukan perhatian terhadap isu-isu yang lebih penting di Pakistan, mereka terasa terancam dengan sebuah permainan mudah alih.

“Kami ingin berjuang untuk hak kami agar negara Pakistan mampu meluaskan komuniti e-sukan sekali gus mengembangkan industri e-sukan Pakistan,” kata Free Style.

Pemain-pemain PUBG Mobile Free Style terdiri daripada:

  • Haseeb Nasir (Black)
  • Asad Nadeem Mugal (Baba)
  • Kashif Riaz Gul (Kashooft)
  • Abdul Malik (Malik)
  • Muhammed Ali Metin (Fuhusturucuu)
Free Style merupakan antara 20 pasukan yang akan sertai PMWL East.

PMWL yang akan bermula pada 10 Julai nanti bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 Juta (AS$850,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved