Connect with us

PUBG Mobile

PMWL: Bintang PUBG Mobile India ScoutOP sertai pasukan Liga Dunia, OrangeRock

Published

on

Foto: Instagram / Orange Rock

BINTANG PUBG Mobile profesional India dari pasukan Fnatic, Tanmay Singh (ScoutOP) bakal menyertai pasukan Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) pada 10 Julai nanti sebagai pemain pinjaman OrangeRock.

Kemasukan ScoutOP ke pasukan yang meraih nombor empat di Liga Profesional Asia Selatan itu diumumkan di Instagram rasmi Orange Rock.

Berikut adalah barisan terkini Orange Rock yang akan beraksi di PMWL:

  • Harmandeep Singh (Mavi) – Assaulter
  • Joe Michael Anto (Anto) – Entry Fragger
  • Daljit Singh (Daljitsk) – Penembak Hendap (Sniper)
  • Viren Mahipalsingh (Viru) – Assaulter
  • Arshpreet Gill (Gill) – Sniper/ Assaulter

ScoutOP sememangnya bukan satu nama asing dalam dunia kompetitif PUBG Mobile, yang terkenal dengan corak permainan agresif sehingga berjaya meraih mata bunuh tertinggi pada hampir kesemua kejohanan yang disertainya.

BACA: ScoutOP Fnatic duduk di bangku simpanan kerana rakan sepasukan tidak selesa

Video: Instagram / Orange Rock

Sebelum ini, ScoutOP dilihat bermain dalam perlawanan persahabatan PUBG Mobile (scrims) bersama ahli pasukan Orange Rock sehingga menyebabkan komuniti PUBG Mobile membuat spekulasi bahawa ScoutOP bakalmeninggalkan Fnatic untuk menyertai Orange Rock.

ScoutOP dan rakan-rakan sepasukan akan beraksi dalam PMWL Timur pada 10 Julai sehingga 9 Ogos nanti.

PMWL menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 juta secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved