Connect with us

PUBG Mobile

Team Secret MY perkenal jurulatih baharu, JangS

Published

on

Foto: Facebook/ Muhammad "JangS" Farhan

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Malaysia, Team Secret mengumumkan kemasukan jurulatih terbaharu dalam skuad itu iaitu Muhammad Farhan Abdul Gafar (JangS).

Menurut Team Secret, kemasukan JangS bersama pasukan nombor 1 PMPL MY/SG itu dijangka dapat membantu mencapai keputusan memberangsangkan bagi musim ini.

JangS, bekas pemain pasukan Geek Fam dan Orange Esports, mempunyai banyak pengalaman e-sukan PUBG dengan menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti:

  • Kejohanan PUBG MY/ SG 2018 (Juara)
  • Kejohanan JIB Asia Tenggara 2018 (Ketujuh)
  • Peringkat Akhir Logitech G PUBG Master 2018 (Naib Juara)
  • Kelayakan Kejohanan PUBG MY/SG (Juara)
  • Kelayakan Wildcard MET Community Cup (Juara)
Foto: Facebook/ Muhammad “JangS” Farhan

JangS juga berpengalaman melatih pasukan PUBG Mobile ESG Gaming sepanjang Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL MY/ SG) Musim Pertama 2020 berlangsung pada Mac lalu.

Penglibatan JangS bersama Team Secret Malaysia sememangnya akan memberikan nafas baharu dan corak permainan yang lihat berbeza dalam perjuangan pasukan itu di Liga Dunia Timur (PMWL) yang bermula pada 10 Julai sehingga 9 Ogos nanti.

BACA: Kami bersedia untuk Liga Dunia- BiuBiu

PMWL bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM3.6 juta secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved