Connect with us

PUBG Mobile

BTR Ryzen puji keputusan Draxx, Yoodo Gank tarik diri

Published

on

Foto: PUBG Mobile Indonesia

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile pasukan Indonesia Bigetron Red Aliens (Bigetron RA) Muhammad Albi (Ryzen) memuji tindakan pemain profesional Yoodo Gank, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid (Draxx) untuk menarik diri dari kejohanan Razer SEA Invitational 2020.

Ryzen dalam satu komen di Instagram berkata peraturan kejohanan Razer SEA Invitational 2020 dilihat sebagai satu perkara luar biasa.

“Respect Draxx. Hampir dua tahun dalam dunia kompetitif, ini pertama kali kejohanan mempunyai peraturan yang luar biasa hebat,” kata Ryzen dengan emoji berpeluh di ruang komen Instagram akaun RBJ Esports.

Pada petang tadi, pasukan PUBG Mobile Nombor Satu Asia Tenggara, Yoodo Gank sah menarik diri dari terus menyertai kejohanan Razer SEA Invitational 2020, kata Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF).

Menurut MESF, keputusan Yoodo Gank untuk menarik diri dari kejohanan itu adalah kerana prinsip profesional pasukan itu.⁣

Format kejohanan PUBG Mobile Razer SEA Invitational ternyata dilihat berbeza jika dibandingkan dengan kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Dalam kejohanan Razer SEA Invitational, ranking kemenangan akan ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata agregat bagi dua pasukan dari negara yang sama.

Menurut laman sesawang Razer, pemenang-pemenang bagi kejohanan itu juga akan ditentukan mengikut jumlah mata keseluruhan bagi kedua-dua pasukan yang mewakili negara yang sama itu.

Selain Yoodo Gank, satu lagi pasukan Malaysia AROV Esports turut menyertai kejohanan Razer SEA Invitational bagi kategori PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved