Connect with us

PUBG Mobile

Negara kita akan Fight Like A Man – Boyka

Published

on

FORMAT Kejohanan Razer SEA Invitational 2020 telah menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemain-pemain profesional PUBG Mobile.

Antaranya pemain profesional AROV Esports Khairunnazri Masli (Boyka) meluahkan kekecewaannya menerusi satu penstriman langsung di Facebook.

Boyka berkata pihaknya tidak akan bermain dengan berkomplot bersam pasukan lain (team up) seperti dilakukan negara lain.

“Sedih, (team up) bukan cara kami. Main seperti biasa sahaja.

“Negara kita akan bertarung seperti seorang lelaki,” kata Boyka.

BACA: Jangan suruh kami bermain secara tidak sihat – Boyka

Boyka berkata demikian selepas pusingan pertama Razer SEA Invitational tamat.

Dalam pusingan Erangel itu, Boyka berkata pasukannya, AROV Esports diserang oleh dua pasukan dari negara yang sama.

Rakan sepasukan Boyka, Muhammad Zulfadhli (Zully) turut meluahkan rasa ketidakpuasannya melalui satu siaran langsung di Instagram peribadinya.

Dalam siaran langsung Zully, dia meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila terpaksa menentang 8 pemain yang dipercayai melakukan aksi team up.

Sebelum ini, pihak penganjur kejohanan Razer SEA Invitational menjelaskan ranking kemenangan kejohanan itu akan ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata agregat bagi dua pasukan dari negara yang sama.

Format kejohanan pada kali ini telah mengakibatkan pelbagai perubahan ketara dari segi pola permainan pasukan konvensional.

Selain itu, kejohanan tersebut juga dilihat membenarkan ciri Mic All digunakan dalam perlawanan.

Keadaan itu menyebabkan beberapa pasukan yang bertanding berkomunikasi antara satu sama lain ketika dalam perlawanan sedang berlangsung.

Situasi itu juga boleh didengari menerusi siaran langsung kejohanan Razer SEA Invitational.

Razer SEA Invitational 2020 merupakan kejohanan pertama seumpanya yang menyediakan platform persediaan bagi atlet-atlet dan persatuan-persatuan e-sukan bagi menghadapi Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Sebanyak 10 negara Asia Tenggara menyertai kejohanan itu iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Selain PUBG Mobile, dua acara e-sukan lain yang dipertandingkan adalah Dota 2 dan Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved