Connect with us

PUBG Mobile

KBS akan bantu Jumper demi esports

Published

on

Jumper (gambar) dan Yoodo Gank akan beraksi di PMWL pada 10 Julai sehingga 9 Ogos nanti. - Foto WTM Today / Mariah Ahmad

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan akan memberi perhatian kepada isu kesulitan yang dihadapi PUBG Mobile Nombor Satu Asia Tenggara, Yoodo Gank, Izzrudin Hashim (Jumper) menjelang Liga Dunia (PMWL) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut KBS, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada pihak yang berkaitan.

“Pihak KBS akan cuba memanjangkan perkara ini kepada pihak berkaitan kerana kami sentiasa menggalakkan pembangunan e-sukan,” katanya dalam satu ciapan berbalas kepada WTM Today pada pagi tadi.

Pada semalam, Jumper ada memuat naik satu kenyatan di Facebook mengenai kelajuan internet di kawasan perumahannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Jelas Jumper, kelajuan Internet di rumahnya hanya mencapai 10Mpbs.

“Jika saya sedang melakukan sesi latihan, kadang-kala ping akan mencecah sehingga 100-150 ms yang menyebabkan jaringan tersekat-sekat apabila bermain.

“Keadaan ini juga menyukarkan saya untuk bersaing secara kompetetif di peringkat Dunia (PMWL ) nanti kerana purata pemain-pemain luar negara hanya mengalami ping 20 – 30 ms,”kata Jumper pada semalam.

Jumper dan Yoodo Gank akan beraksi di PMWL pada 10 Julai sehingga 9 Ogos nanti.

Kejohanan itu bakal menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar anjuran PUBG Mobile Esports iaitu kira-kira RM3.6 juta (AS$300,000).

Selain Yoodo Gank, satu lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY akan menyertai PMWL.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved