Connect with us

PUBG Mobile

Razer SEA Invitational: Format PUBG Mobile berbeza, potensi team up?

Published

on

Malaysia akan diwakili Yoodo Gank dan AROV Esports bagi kejohanan Razer SEA Invitational 2020 untuk menentang 18 pasukan lain dari Asia Tenggara.

FORMAT kejohanan PUBG Mobile Razer SEA Invitational ternyata dilihat berbeza jika dibandingkan dengan kejohanan-kejohanan sebelum ini.

Dalam kejohanan Razer SEA Invitational, ranking kemenangan akan ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata agregat bagi dua pasukan dari negara yang sama.

Menurut laman sesawang Razer, pemenang-pemenang bagi kejohanan itu juga akan ditentukan mengikut jumlah mata keseluruhan bagi kedua-dua pasukan yang mewakili negara yang sama itu.

Bagi peringkat pusingan awal yang akan berlangsung hari ini dan esok, 20 pasukan Asia Tenggara akan bermain sebanyak 12 pusingan dengan menggunakan sistem 20 mata.

Lapan negara teratas (16 pasukan) akan melayakkan diri ke final.

Pada peringkat final, 16 pasukan akan bermain sebanyak 12 pusingan pada 3 dan 4 Julai dengan menggunakan sistem 10 mata.

Ranking pada peringkat final juga akan ditentukan menerusi jumlah mata agregat bagi kedua-dua pasukan dari negara yang sama.

Razer SEA Invitational 2020 merupakan kejohahan PUBG Mobile yang melibatkan pasukan-pasukan e-sukan dari negara Asia Tenggara.

Malaysia akan diwakili Yoodo Gank dan AROV Esports bagi kejohanan itu untuk menentang 18 pasukan lain dari Asia Tenggara.

Razer SEA Invitational 2020 merupakan kejohanan pertama seumpamanya yang menyediakan platform persediaan bagi atlet-atlet dan persatuan-persatuan e-sukan bagi menghadapi Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Selain Yoodo Gank dan AROV Esports, berikut adalah pasukan yang akan menyertai Razer SEA Invitational 202 bagi kategori PUBG Mobile:

  • Made in Thailand????????
  • RRQ Athena ????????
  • Red Rocket Cosmic ????????
  • Dranix Avenger ????????
  • Yoodo Gank ????????
  • AROV Esports ????????
  • Matrix United ????????
  • V Gaming????????
  • AutoTooSoon????????
  • Radiense Gaming????????
  • GPY GodPlayer????????
  • Nine Esports????????
  • X-Force????????
  • Orange Esports.CG????????
  • MY Galaxy????????
  • DEUS Esport????????
  • Resurgence SG????????
  • Impunity SG????????
  • Iconic ????????
  • Blacklist International ????????

Razer Southeast Asian Invitational 2020 akan disiarkan secara langsung di YouTube, Facebook dan Twitch.

Selain PUBG Mobile, dua acara e-sukan lain yang dipertandingkan adalah Dota 2 dan Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved