Connect with us

Rainbow Six Siege

Rainbow 6: unifi sekali tegas tidak sekat akses pelayan ke Ubisoft

Published

on

KUALA LUMPUR – “Kami juga gamers.”

Jenama konvergens utama utama Telekom Malaysia Bhd (TM), unifi, hari ini sekali lagi menegaskan tiada sebab untuk pihaknya menyekat akses ke pelayan EA, Ubisoft dan PlayStation Network.

unifi dalam satu kenyataan berkata masalah untuk ke pelayan tersebut bukan sahaja dihadapi oleh penggunanya malah melibatkan pengguna rangkaian lain juga.

“Kami telah melakukan siasatan. Pemain permainan video di Malaysia dan luar negara turut mengalami masalah ke pelayan tersebut.

“Ada beberapa senario yang menyebabkan akses ke pelayan itu, termasuk cubaan log masuk yang salah. Perkara ini tidak melibatkan rangkaian unifi, seharapnya dapat memberi masa kepada kami untuk menjelaskan salah faham ini.

“Ada juga beberapa pengguna yang bertanyakan sama ada kami telah menyekat akses tersebut dan kami ingin memaklumkan bahawa tiada sebab untuk kami melakukan perkara sedemikian rupa,” kata unifi dalam satu bebenang ciapan di Twitter.

Jelas unifi, mereka tidak menafikan permainan video memberi peranan hidup yang besar bagi sebilangan masyarakat termasuk pihak mereka.

Unifi juga berkata rangkain mereka dibina untuk pemain permainan video.

Sebelum ini, atlet e-sukan Rainbow Six Siege (Rainbow 6) mendakwa mereka tidak dapat akses untuk bermain e-sukan tersebut menerusi  perkhidmatan Unifi.

Kapten bagi pasukan Asia Tenggara, Lese Esports, Mohamad Amirul Mohamad berkata keadaan itu menyebabkan kesukaran dan mengganggu rutin latihan harian mereka.

Perkara itu turut mendapat perhatian Kementerian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved