Connect with us

Rainbow Six Siege

Isu Rainbow 6: Kami tidak sekat akses ke server Ubisoft – unifi

Published

on

KUALA LUMPUR – Jenama konvergens utama utama Telekom Malaysia Bhd (TM), unifi, mengesahkan pihaknya tidak menyekat akses ke pelayan Ubisoft.

Unifi berkata mereka sedang menyiasat perkata tersebut bersama-sama Ubisoft.

Berikut adalah kenyataan penuh unifi: 

“Kami telah menerima beberapa pertanyaan berkenaan dengan akses ke server ubisoft.  Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyekat akses ke server terbabit. Kami sedang menyiasat mengenai perkara bersama-sama ubisoft dan akan berkongsi maklumat terkini secepat mungkin.”

BACA: Rainbow 6 tidak boleh diakses pengguna Unifi, ganggu atlet tanah air untuk beraksi

Sebelum ini, atlet e-sukan Rainbow Six Siege (Rainbow 6) baru-baru ini mendakwa mereka tidak dapat akses untuk bermain e-sukan tersebut menerusi  perkhidmatan Unifi sejak petang kelmarin.

Kapten bagi pasukan Asia Tenggara, Lese Esports, Mohamad Amirul Mohamad berkata keadaan itu menyebabkan kesukaran dan mengganggu rutin latihan harian mereka.

Mohamad Amirul yang menyertai arena profesional e-sukan Rainbow 6 sejak 2017 berkata mereka komited kepada organisasi yang diwakili untuk berlatih sekurang-kurangnya 20 jam seminggu.

Jelasnya, pasukan Lese Esports sedang melakukan satu sesi latihan sebagai persiapan menghadapi satu kejohanan pada Mac nanti.

Mohamad Amirul turut curiga mengenai situasi itu keranan menurutnya, pemain lain yang menggunakan perkhidmatan seperti Maxis dan Time tidak terjejas dan boleh mengakses untuk menggunakan Rainbow 6.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved