Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile: Pemain tak boleh log in guna Facebook

Published

on

Foto: PUBG Mobile

APLIKASI permainan mudah alih PUBG Mobile kini berdepan dengan masalah pengguna untuk log masuk ke dalam PUBG Mobile menerusi Facebook, kata pembangun.

Menerusi satu kenyataan di PUBG Mobile Esports, pihak pembangun ketika ini sedang cuba mencari penyelesaian bagi kesukaran utnuk log masuk itu.

“Ketika ini kami sedang bertungkus lumus dengan beberapa platform berkaitan untuk menyelesaikan masalah itu.

“Nantikan maklumat terkini dari kami dan terima kasih kerana memahami dan kesabaran anda,” kata pembangun.

PUBG Mobile merupakan versi mudah alih PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS (PUBG), iaitu harta intelek yang dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat gaming Korea Selatan, PUBG Corporation.

Ia kini dilihat sebagai salah satu e-sukan popular dengan 50 juta pemain aktif setiap hari dicatatkan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved