Connect with us

PUBG Mobile

Luxxy, Zuxxy tersenarai dalam Esports Awards 2020

Published

on

Foto : Instagram / Bigetron Esports

KEMBAR juara dunia PUBG Mobile, (Luxxy) dan (Zuxxy) tercalon dalam acara antarabangsa Anugerah E-Sukan 2020 (Esports Awards) 2020 bagi kategori Pemain E-sukan Mudah Alih Terbaik.

Perkara itu diumumkan Esports Awards di Twitter pada pagi tadi.

Pencalonan Luxxy dan Zuxxy itu sekali guys mencatat sejarah tersendiri apabila pasangan kembar itu menjadi pemain Indonesia pertama tersenarai dalam Esports 2020.

Berikut adalah senarai penuh calon-calon untuk kategori Pemain E-sukan Mudah Alih Terbaik 2020:

  • Bagus Prabaswara (Luxxy)
  • Bagas Pramudita (Zuxxy)
  • Naman Mathur (Mortal)
  • Frank Oskam (Surgical Goblin)
  • Bruno Goes (Nobru)
  • Peng Yunfei (Fly)
  • Luke Fergie (Iferg)

Luxxy dan Zuxxy merupakan pemain profesional e-sukan dari organisasi Indonesia, Bigetron Esports dan bermain dalam skuad PUBG Mobile Bigetron Red Aliens (Bigetron RA).

Pasangan kembar itu dan Bigetron RA dilihat sebagai gergasi dalam arena PUBG Mobile apabila menjadi juara dunia dua kali berturut-turut sejak 2019.

Bagi anda yang mahu mengundi Luxxy dan Zuxxy, boleh layari https://www.esportsawards.com/provote/. Undian akan ditutup pada 8 November ini.

Esports Awards 2020 dianjurkan Konvensyen dan Biro Pelawat Arlington yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat bagi memberi kredibiliti kepada mana-mana individu atau organisasi yang mempamerkan mutu persembahan berkelas tinggi dalam arena e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved